PESERTA
NAMA:
- Aufa Nabila Jafri
- Muhammad Syafiq Bin Kholid
LOKASI:
Selangor
BIODATA PESERTA:
TAJUK KARYA: CEMILAN PETANG, 2021
JENIS: Art Performance
MEDIA: Basikal tua, bekas penyimpanan makanan, loceng, kuih-muih, ink stamp
ARTIST STATEMENT:
Projek seni komuniti ini mengetengahkan isu kesan pandemik terhadap ekonomi dan masyarakat setempat melalui ‘informal education’ dalam bentuk penyampaian ‘art performance’. Konsep projek ini adalah bersandarkan seni komuniti yang akan melibatkan masyarakat setempat iaitu komuniti pembuat kuih & komuniti PPR (perumahan rakyat) yang mengalami kesusahan di sekitar Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Malah, projek ini dapat menambah nilai dan input yang positif sekaligus memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai seni pengkaryaan itu sendiri. Proses memberi tempahan kuih melibatkan kelompok peniaga kecil yang terjejas pendapatan seterusnya memberi dan berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan ini kami ertikan sebagai Community manakala proses pengkarya dari mula memberi tempahan kuih, mengayuh basikal ke kawasan PPR, berinteraksi dengan mereka; kami ertikan sebagai satu proses Performances dan input yang mereka dapat adalah Informal Education. Manakala output yang diperolehi iaitu cap jari mereka adalah Art sebagai tanda sokongan mereka terhadap projek komuniti ini. Seluruh proses ini akan dirakam video dan diambil gambar untuk tujuan dokumentasi dan dipamerkan.