PROFIL
NAMA:
- Azzuan Osman
- Azami Ismail
- Farafazli Abu Bakar
LOKASI:
Tamarind Square Prima Avenue, Cyberjaya
BIODATA PESERTA:

“Muat Turun” 2023
Menghasilkan sebuah arca awam bersaiz besar dan melakukan sosial eksperimen dengan masyarakat. Arca yang dibina dari simbol-simbol ataupun imej representasi setiap aplikasi yang diguna orang ramai. Semua imej yang dijana di dalam rupa 3 dimensi akan di ubah sifat asalnya dan di masukkan elemen-elemen yang negatif dalam visual yang ingin di paparkan misalnya logo food panda hanyalah kepala seekor panda tetapi jika di ubah fizikal panda menjadi seekor panda yang obesiti dan comot maka imej negatif yang cuba disampaikan tampak pada luaran secara zahir. Selain dari imej, bunyi juga akan di masukkan di dalam binaan arca bagi mengganggu emosi penonton yang mendekati arca yang dibina.
Karya arca ini akan dibina dari imej-imej yang dikenali dan familiar dikalangan masyarakat bagi menjayakan arca ini. Dengan menggunakan imej-imej dan bunyian yang dikenali dan kerap digunakan, mampu menarik penonton mendekati karya ini dan seterusnya mewujudkan pelbagai perasan selepas mendekati karya arca ini. Bagi yang melihat pada zahir dan naif, mereka akan melihat dan terhibur dengan humor yang diselit pada karakter dan imej yang disajikan tetapi bagi yang terpanah dengan sindiran dan mesej yang cuba disampaikan, penonton akan memberi reaksi tidak senang dan gelisah sama ada dizahirkan secara terus mahupun memendam perasaan sendirian.
Karya ini hanyalah sebuah karya kritikan masyarakat yang bermain dengan emosi dan perasaan bagi penonton dan karya ini diterjemahkan secara santai dan tidak memerlukan pemikiran yang kritikal bagi memahami karya ini dan ini seiring dengan tema yang diberikan oleh Balai Seni Negara iaitu seni dan masyarakat.