PROFIL
NAMA:
- Engku Erfan Engku Yunus
- Haziq Luqman Ramlan
- Wan Nur Aqmar Zulkifli
- Siti Zahirah Mohd Sabri
LOKASI:
Akademi Seni Budaya & Warisan (ASWARA), Kuala Lumpurr

FARDU
“Fardu” merupakan karya kolektif yang mempunyai kesinambungan antara empat pengkarya yang bersifat saling berkaitan antara satu sama lain sebagai satu sistem yang bersepadu yang menyeluruh. Dalam pengkaryaan ini kami menvisualisasikan tentang ilmu, adab, budaya, agama dan seni. Secara tidak langsung, ia berhubung kait tentang akidah yang di cerita dalam penceritaan oleh setiap pengkarya yang membawa perlambangan diri mereka tentang agama dan budaya tersendiri. Persembahan pengkaryaan ini adalah berbentuk seni instalasi (Filled-Space) yang menggabungkan pelbagai media seperti bunyi, audio, pencahayaan dan ruang. Ia bertujuan untuk berkongsi melalui pengalaman, pendengaran, dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat dan tauldan kepada audien secara psikologi.