PESERTA
CADANGAN KARYA
PENYATAAN KARYA
Ekspresi adalah suatu perkara yang penting didalam menghasilkan karya. Ekspresi yang baik dapat diterjemahkan oleh audien melalui visual yang dihasilkan pengkarya. Dalam karya ini, emosi menjadi garapan utama yang ingin dibangkitkan.
Ia disampaikan melalui pemilihan tona monokromatik pada keseluruhan karya bagi memberi impak lebih jelas melalui penyampaian visual. Emosi jelas terlihat pada raut wajah subjek utama didalam karya ini dimana ianya membawa kepada suatu mood yang mendalam. Penindihan teks pernyataan yang dilakukan ke atas subjek utama adalah bertujuan memandu audien untuk berfikir dalam masa yang sama dibayangi mood yang disampaikan menerusi subjek utama didalam karya.
Model yang saya gunakan adalah kenalan yang mempunyai beza umur yang jauh. Boleh dikatakan beliau mewakili golongan millenial pada ketika ini. Merapati beliau membuatkan saya terfikir akan betapa sukarnya cabaran yang bakal dihadapi generasi ini kelak, tidak kira dari sudut pencapaian ilmu, ekonomi, pendedahan hiburan, kelangsungan hidup atau dari sudut persaingan sesama mereka.
Generasi mendatang merupakan aset bernilai dan mereka juga harus terus berjuang menghadapi dugaan yang amat mencabar dari pelbagai sudut dan perspektif. Tajuk yang diberi kepada karya ini adalah selari dengan pernyataan yang dibuat didalam karya, dimana ianya merupakan ekspresi kepada pengalaman hidup saya sendiri.
Kita sering merunsingkan sesuatu perkara dimasa hadapan yang kadang kala belum tentu menjadi urusan kita lagi. Bukan bererti tidak memperdulikan apa yang bakal terjadi, tetapi kadangkala keraguan melebihi perkara yang nyata. Sebagai seorang muslim, kita perlu beriman kepada qada’ dan qadar dan ianya terletak diakhir rukun iman yang pada saya menjadi pelengkap hidup. Bagi agama lain pula, mereka juga sentiasa mempunyai pengharapan yang tinggi kepada kuasa yang digelar Tuhan.
Dalam konsep beragama, ianya seperti menjadi suntikan kepada umat manusia agar terus berusaha dan tidak patah semangat. Kita hidup dibumi ini berdasarkan konsep nyata dan logik, ianya membentuk “common sense” dalam diri yang tidak pernah lari dari fitrah. Kefahaman dalam agama pula dapat membentuk jadi diri dan penguat kepada pegangan hidup. Keseimbangan keduanya adalah perlu kerana sebagai seorang muslim, saya juga melihat agama Islam itu adalah sebahagian fitrah yang menjawab segala persoalan didalam kehidupan ini.
CADANGAN LOKASI
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3