PROFIL
NAMA:
Haziq bin Halim
LOKASI:
Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
BIODATA PESERTA:
Karya bertajuk “Dowry 23” ini tercetus bagi mewujudkan dialog interaksi dalam kalangan audien dengan mengambil kira kepentingan isu pelbagai dalam kontek mendirikan rumah tangga. Berbalik kepada konsep visual hantaran, pengkarya memberi penekanan tertentu berkaitan konfilik sosial masyarakat sebagai satu sinergi ke arah penyampaian mesej berdasarkan etimologi yang berkesan melalui hujahan isu-isu dalam alam perkahwinan, konflik rumahtanga dan sebagainya. Secara realitinya, tanggapan dan persepsi segelintir masyarakat menganggap bahawa perkahwinan merupakan satu perjudian memandangkan nasib setiap pasangan tiada harapan yang jelas untuk mencapai kebahagiaan berkekalan dalam perhubungan rumah tangga dan ini turut menjadi satu frasa asam garam sesuatu rumah tangga itu didirikan. Walaupun ikatan suci itu merupakan salah satu keputusan yang besar dalam kehidupan pasangan tetapi baik atau buruk masa depan bergantung kepada perencanaan dan keputusan membina hubungan hidup bersama ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.
Media hantaran ini turut menjelaskan mengenai dilema yang menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat dan penyumbang kepada kerisauan orang
ramai berkaitan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan menjadi faktor terutama bagi pasangan yang berkahwin atau mendirikan rumah tangga untuk menjalani kelangsungan hidup. Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar, kos menyambut dan membesarkan anak kelihatan semakin meningkat saban tahun, keadaan ini tanpa sedar memberi tekanan secara emosi apabila bebanan kewangan lampau boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga terutama cabaran ekonomi yang tidak menentu sedang melanda negara. Tambahan pula cabaran kewangan peribadi menyebabkan generasi millennium terpaksa menangguhkan untuk berkahwin dan memulakan hidup bekeluarga walaupun mereka sebenarnya ingin berkahwin awal.