PESERTA
NAMA:
Hilal bin Mazlan
LOKASI:
Perak
EMEL:
kojectman@yahoo.com
shikinbeni@gmail.comBIODATA PESERTA

Dalam karya saya yang bertajuk PENUNGGU PANTAI saya ini mnggabungkan unsur alam dan juga unsur kinetik(pergerakkan). Material yang digunakan adalah daripada buluh bertujuan untuk memberi impak elemen alam semula jadi. Saya mendapat ilham untuk menghasilkan karya ini dengan melihat karya STRANDBEAST oleh artis German Theo Jansen, beliau menghasilkan beberapa karya kinetik bergerak dari paip PVC dan meletakkannya di tepi laut. Karya-karyanya bergerak dan berjalan di seluruh pantai seolah-olah makhluk yang bernyawa. Melalui karya saya pula saya bercadang untuk menghasilkan beberapa buah karya kinetik滩 yang bersifat monumental (berukuran +10kaki) yang dikonstrak dari buluh dan bahagian-bahagian mekanikal. Karya ini juga bukan sahaja mempunyai sayap bergerak malah ianya akn menghasilkan bunyi. Karya saya ini bersifat sangat abstrak, tujuan saya adalah untuk mnganggu ruang dan suasana sesuatu kawasan itu dengan meletakkan satu entiti/objek yang amat asing dari segi bentuk dan estetik nya. Pergerakkan dan bunyi yang terhasil nanti akn mewujudkan satu persoalan tentang apakah mesej yang sedang disampaikan kepada audien yang akan melihat.