PROFIL
NAMA:
Izzat Zurrin Zanwa
LOKASI:
Platform video dalam talian (Online)
BIODATA PESERTA:

Fana’a Fi Layla
Berinspirasikan kitab Serat Lokajaya, lirik lagu Lir Ilir dan kisah Layla Majnun karangan seorang ‘alim ‘ulama yang bergelar Sunan Kalijaga dan Nizami Ganjavi, karya ini terinpirasi daripada tarian tradisional Makyung dan seni Wayang Kulit dengan menggabungkan penulisan sufism mengenai perjalanan seorang salik dan cinta.
Tarian mengadap rebab sebagai metafora keadaan Majnun terhadap Layla dengan melantunkan bait-bait sufistik. Persembahan memakai solekan di wajah menggambarkan keasyikan dan kerinduan terhadap kekasih. Pakyung sebagai Majnun yang menzahirkan rindu dan derita seolah-olah dirinya terlebur, sehingga tiada dua diantara mereka. Keadaannya begitu derita dan rindu sehingga Layla menjadi sebati dengan dirinya.
Karya ini berbentuk sebuah video. Karya ini menggunakan alam maya sebagai platform pameran.