PESERTA
CADANGAN .
Sepanjang penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di negara kita, banyak dikalangan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan dan ramai yang telah meninggal dunia akibat terjangkit wabak ini.
Kesan PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 yang dilaksakan oleh kerajaan menyebabkan ramai masyarakat yang terpaksa berkurung di dalam rumah. Ini menyebabkan berlakunya kemurungan, ketakutan stress, trauma, kecewa, sedih, marah dan sebagainya. Oleh demikian, kesan pandemik ini telah menyebabkan pelbagai masalah sosial dan mental dikalangan masyarakat kita. (Rujuk pada Isu & Permasalahan)
Saya sebagai seorang penggiat seni ingin membantu masyarakat dengan menghasilkan karya instalasi yang bertajuk Isolasi Seketika. Karya ini berbentuk bulatan yang berdiameter 6 meter dan dilengkapkan dengan ruang keluar dan masuk selebar 1 meter. Janya diperbuat daripada kimpalan besi R6 dan Y10, pasu, tanah dan pokok telang. (Rujuk pada Cadangan Karya)
Pokok telang yang terkenal dengan pelbagai kebaikan dan khasiat akan ditanam dan dibiarkannya dililit pada struktur bulatan tersebut. Di dalam bulatan tersebut akan disediakan kerusi di mana sesiapa sahaja boleh duduk di dalam untuk menikmati kehijauan pokok telang disamping disajikan minuman bunga telang dan makanan yang diperbuat daripada bunga telang. (Rujuk pada Lampiran)
Khasiat bunga telang adalah seperti berikut
1. Mengurangkan sakit kepala
2. Mengurangkan gejala pernafasan 3. Insomnia dan stress
4. Mencuci darah
5. Melegakan system penghadaman
6. Mengubati bisul
7. Merangsang memori dan kebijaksanaan
8. Melindungi hati
9. Anti oksida
10. Mengubati patukan ular dan sengitan berbisa.
Karya ‘Isolasi Seketika adalah bersifat outdoor/ site specific serta boleh diaplikasi di mana-mana tempat sama ada di taman atau tempat rekreasi untuk masa akan datang. Buat masa ini, saya ingin mencadangan lokasi karya ini dibuat dan dipa halaman studio saya yang terletak di alamat No.1, Jalan Teratai 3A, Taman Tasik Teratai, 48200Serendah, Selangor (Rujuk pada Cadangan Lokasi).
Setelah karya ini telah siap, sesiapa sahaja boleh memetik bunga tersebut untuk kegunaan masing-masing. Selain itu, karya ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan kegiatan pelukis dalam membantu dan menyumbang sesuatu bantuan kepada masyarakat melalui seni. Setelah karya ini telah siap, sesiapa sahaja boleh memetik bunga tersebut untuk kegunaan masing-masing.
CADANGAN LOKASI
PROSES PERSIAPAN KARYA
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3