PESERTA
NAMA:
Mohd Ifwat Mohd Ghazali
Muhammad Sukor Romat
Noor Azzanny Jamaludin
LOKASI:
Negeri Sembilan
EMEL:
ifwat.ghazali@usim.edu.my
BIODATA PESERTA:

PENGENALAN
Pendedahan terhadap cabaran yang dialami oleh golongan yang berkelainan upaya amat sukar untuk kita dengar khususnya di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi imbasan 3D (3D scanner) dan pencetakan 3D (3D printer), kami menghasilkan beberapa modul dan karya simulasi pergerakan solat. Menerusi penghasilan set modul ini, diharap mampu membina alternatif baru bagi golongan kelainan upaya untuk mempelajari kaedah mendirikan solat. Selain itu juga, projek ini bertujuan untuk membuka mata serta perspektif masyarakat tentang penggunaan seni khususnya melalul braille art dan juga sensory art sebagai salah satu alatan pendidikan khususnya bagi mereka yang berkelainan upaya.
OBJEKTIF
Untuk memberi pendidikan kepada golongan kelainan upaya tentang kaedah melaksanakan ibadah solat dengan tertib dan betul. Untuk merangsang deria sentuhan menggunakan objek 3 dimensi (3D)
RASIONAL KARYA
Menerusi penghasilan karya ini diharap mampu membantu golongan berkelainan upaya khususnya yang mempunyai masalah penglihatan dalam mempelajari kaedah solat yang betul dengan mengunakan beberapa modul yang dihasilkan menggunakan cetakan 3D. Diharap dengan penghasilan karya modul 3D dapat digunakan bagi membantu serta memudahkan golongan ini mengetahui pergerakan ketika menjalani ibadah solat
PENERANGAN KARYA
a PENELITIAN IDEA
Idea ini diinspirasi dari alat pendidikan golongan kelainan upaya yang menggunakan teknik Braille. Teknik braille menggunakan deria sentuhan terhadap objek untuk membantu golongan kurang upaya membaca dan menulis. Struktur penyusunan objek mengikut posisi tertentu dapat dilihat sebagai solusi terhadap masalah yang dihadapi golongan tersebut.
b. PENYATAAN KARYA
Posisi tubuh yang telah diimbas dan dicetak akan disusun mengikut turutan cara solat secara tertib. Audiens yang akan dipanggil terdiri daripada anggota ahli Penubuhan Ibnu Ummi Maktum Research Centre (UMMI)’ aitu merupakan sebuah pusat penyelidikan untuk golongan berkelainan upaya berteraskan pendekatan ilmu Naqli dan Aqli yang mana bertujuan untuk memenuhi tuntutan fardhu ain. Audiens yang terbabit di dalam projek ini terdiri daripada audiens lelaki berkelainan upaya yang mengalami masalah penglihatan. Saiz figurs ideal bagi golongan kelainan upaya yang mempunyai masalah kesihatan berukuran dalam skala 30om dicetak untuk merangsang pemahaman terhadap deria sentuhan melalui ekspresi pengamatan dan rakaman melalul kamera digital. Setiap posisi figura yang dicetak disertakan sekali dengan penerangan terperinci dengan menggunakan teknik cetakan Braille. Menerusi hasil karya ini diharap bukan sahaja mampu mendidik bahkan member input pendidikan secara langsung kepada golongan berkelainan upaya
C. KARYA DAN ARTIS RUJUKAN
Bagi menjayakan projek ini, kami merujuk kepada hasil isu yang pernah terjadi kepada golongan berkelaianan upaya. Sebagai contoh, pengalaman daripada seorang ibu yang mempunyai masalah penglihatan untuk melihat anak di dalam kandungannya.
Tatiana Guerra menyentuh patung bayi beliau yang dicetak menerusi percetakan 3D