PESERTA
NAMA:
Mohd Izzudin bin Nor Azmi
LOKASI:
Kelantan
EMEL:
izzuddinazminor@gmail.com
BIODATA PESERTA:
Sama-sama Menikmati
Sama-sama Menikmati memberi makna kepada perkongsian, perhubungan, kenikmatan yang diperolehi oleh kita sebagai manusia dalam hidup bermasyarakat.
Dalam karya ini, saya mengetengahkan konsep memberi dan menerima, juga termasuk dalam perkongsian dan menikmati kenikmatan yang dikurniakan oleh kita. Bak kata pepatah; “Sama-sama kita memberi, sama-sama kita merasa”.
Kenikmatan yang dimaksudkan di sini, secara jelasnya dalam karya ini, saya memfokuskan kenikmatan pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran dan bauan. Dalam masa yang sama, audiens yang terlibat dalam karya ini akan mengalami proses yang berlaku pada pancaindera (penglihatan, pendengaran, bauan) mereka, di mana dalam karya ini mempunyai visual dan audio, serta bauan semulajadi, iaitu pohon pandan.
Dalam karya ini juga, saya mengeksplorasi bagaimana saya dapat menggunakan teknologi yang digabungkan dengan alam semulajadi, termasuk diri kita sendiri, untuk saling ingat mengingati. Kerana itu, bunyi-bunyian dan visual video yang terpapar, serta bauan adalah perkara yang sama dan berulang-ulang.
Azan yang berkumandang memberi peringatan kepada manusia supaya menunaikan perkara yang wajib selama lima kali sehari, dan ia juga berulangan siang dan malam. Ini menjadi asbab kenapa dalam visual dan audio dalam karya ini dimainkan secara berulangan.
“Bodywear” yang terdapat dalam karya ini juga memberi simbol kepada manusia, iaitu budaya, bagaimana jenis-jenis pakaian melambangkan komuniti di sesuatu tempat. Fungsi “bodywear” dalam karya ini juga merupakan sifat-sifat perkongsian yang ada di dalam diri, bersama-sama komuniti. Perkongsian di sini juga memberi maksud saling bantu-membantu.
Menikmati kenikmatan yang dikurniakan oleh kita kadang kala terlepas pandang dan yang bukan berada dalam sesuatu objek atau zat yang dilihat dengan mata kasar. Mendengar, melihat, merasa dan sebagainya dalam pancaindera ditekankan dalam karya ini. Termasuk juga “bodywear”, berkemungkinan “bodywear” yang disediakan mungkin bukan sesuatu yang bernilai tinggi dari segi sudut harta akan tetapi menjadi sesuatu yang tak terkira nilainya dek kerana sifat kemanusiaan dalam bantu-membantu.
Pemasangan audio akan dipasang mengikut sistem susunan speaker 4.1 untuk “360 audio simulation”. Pemasangan skrin televisyen akan berada pada bahagian hadapan dari kawasan tengah karya untuk memuatkan seorang (atau dua) untuk berada di dalam kawasan untuk mendapat input simulasi audio 360 tersebut.
Output audio #1 dan #3 akan memainkan muzik hasilan dari “chipsound” komputer manakala output audio #2 dan #4 akan memainkan muzik hasilan dari rekod-rekod semula jadi (seperti yam, burung, cengkerik, hujan dan sebagainya)
Skrin TV 1: Akan memaparkan visual audio muzik “chipsound” dalam bentuk oscillopscope. Bunyian tersebut akan menggunakan format 8-bit.
Skrin TV 2: Akan memaparkan visual audio muzik bunyian alam semula jadi (ayam, burung, hujan dan sebagainya) yang telah digubah dalam bentuk video. Dalam video mewakilkan setiap “sample” bunyi. (Contohnya bunyi ayam, visual ayam).
Bunyi yang akan dimainkan akan di-“synchronize” dengan visual yang akan dipaparkan pada skrin televisyen.
Cadangan pemasangan dan susunan skrin televisyen: