PESERTA
NAMA:
Mohd Khairil Faezie bin Hussin
LOKASI:
Kelantan
EMEL:
khairilfaezie@gmail.com
BIODATA PESERTA:

Diskripsi Karya
Sejak dunia dilanda Covid-19, pelbagai sektor turut terkesan terutama dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Ramai yang hilang pekerjaan, masalah kesihatan mental dan depresi kian meruncing. Hal ini demikian kerana kes kesihatan mental mencanak naik dan Malaysia merupakan kes yang kedua tertinggi yang membawa maut selepas kes penyakit jantung mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia 2021. Jadi karya ini memberi penekanan kepada kesihatan mental yang dianggap remeh oleh masyarakat alaf ini. Pelbagai punca yang dapat dikenal pasti terutamanya dalam mengendalikan “stress” yang melampau. Pelbagai tekanan dapat dikenalpasti contohnya, tekanan di tempat kerja, masalah keluarga dan ketika dalam proses pembelajaran di setiap institusi. Kekurangan pengetahuan tentang pengendalian “stress” ini menyebabkan manusia normal hilang keupayaan minda nyata dan bergerak di luar kawalan manusia normal lalu lahirnya penyakit bipolar, anxiety dan schizophrenia. Mereka perlu diberi sokongan daripada keluarga tertutamanya dan dirawat segera bukan terus menghukum dengan menyatakan mereka ini tidak waras dan tidak ada peluang untuk sembuh.
Penghasilan karya saya ini sedikit sebanyak membawa audien kepada bentuk visual dengan instalasi katil menggambarkan pesakit yang sangat memerlukan sokongan sekeliling untuk bangkit dengan metafora katil dan gabungan arca berbentuk separuh figura. Tegasnya, masalah ini perlu diberi perhatian yang serius kerana pesakit berperang dengan penyakit yang tidak nampak. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya masalah ini tidak mendapat rawatan dalam aspek rohani dan jasmani ia boleh membawa kepada peningkatan kes bunuh diri.
Oleh itu selain perubatan moden dan kaunseling. Perubatan islam juga sangat penting dalam membawa hala tuju kesembuhan penyakit ini, kerana bagi muslim, menjaga solat, mengamalkan syifa Al-Quran dan mendekati majlis ilmu sangatlah penting seperti di dalam surah Asy Syuara : ayat 130. {وَإِذَا بَطَشْتُمْ بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ} maksudnya “dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang- orang kejam dan bengis” Wa iza batashtum batashtum jabbarin.