CADANGAN KARYA
Ketika negara dilanda kemelut Covid-19, keutamaan sesuatu bidang adalah paling ketara semasa lockdown terutama pada tahun 2020, dan seni adalah bidang yang telah dilabel sebagai non essential, dengan penutupan galeri fizikal malah upacara kesenian seperti pameran amatlah terhad dan diadakan secara dalam talian. Kemudian berlaku lagi MCO terbaru pada tahun 2021, sepanjang tahun yang lalu akan idea untuk karya masih lagi terhad akan karya berbentuk tradisional dan malah BMS 2021 ini membuka peluang akan karya berbentuk digital, video, interaktif dan luar konteks galeri.
Sepanjang MCO pada tahun 2020 dan 2021, bekerja sebagai guru seni telah banyak mengubah cara pengajaran secara dalam talian, studio yang selalunya penuh dengan cat dan kanvas kini berubah dalam bentuk digital, kanvas menjadi screen monitor, cat berus menjadi tetikus dan membuat disiplin sebagai artis menjadi berbeza. Sepanjang pengajaran dalam talian, banyak kelas mengajar lukis disiar di dalam Youtube dengan channel bertajuk “Let’s Draw” walau saluran ini bukan lah mendapat biew beribu-ribu tetapi cukup sekadar untuk para pelajar saya. Mengambil peluang ini untuk mengajar pelajar darjah 3 mengenai karya – karya seni tempatan yang terkenal, seperti Abdullah Ariff, Zulkifli Buyong, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan banyak lagi.
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3