PESERTA
NAMA:
Norhafezza binti AbdulRahman
LOKASI:
Sarawak
BIODATA PESERTA:
Tajuk: Kumang Loofah
Media: Catan Timbulan
Saiz: 2 kaki X 4 kaki (3) & 2 kaki X 2½ kaki
Tahun: 2021
Bertemakan “Seni di Lokasi” yang menengahkan penghasilan karya ekspresi terhadap sebuah masyarakat dalam budaya kecantikkan. Sabut petola dikatakan sangat popular dikalangan masyarakat di Sarawak terutamanya, kaum Dayak kerana ia adalah satu alat dimana ia digunakan untuk membersihkan badan terutamanya kalangan wanita. Sabut petola atau “sayur busut” (dalam bahasa Iban) juga dikatakan sangat berkhasiat dan mempunyai kandungan yang boleh mencantikkan kulit badan. Saya membuat perlambangan figuratif seorang wanita (Vehicle) iaitu meminjamkan subject tersebut dalam karya ini adalah untuk menyampaikan (Tenor) iaitu menceritakan tentang subject yang dipilih dengan menonjolkan ekspresi pergerakan badan wanita berkemban seolah-olah sedang menggosok badan menggunakan sabut petola ketika mandi di sungai, (LA Richarcs, 1936) dalam Wan Nurhasyimah Bt. W. Mohd Apandi & Dr. Ahmad Bin Yan Ibrahim 2018 (Metafora Dalam Seni Kontemporari).
Dalam aspek Tangible Subject saya mengambil subject metter bersifat benda iaitu sabut petola dan wanita dalam penghasilan karya. Manakala Intangible Subject pula merujuk kepada emosi dan perasaan pengkarya terhadap fungsi subjek yang dipilih dan ia juga melibatkan budaya masyarakat yang dikaji oleh pengkarya dimana masyarakat tersebut mengamalkan penggunaan sabut petola untuk menggosok badan sehingga menampakkan hasil kulit wanita Dayak tersebut kelihatan cantik dan mulus.