PESERTA
NAMA:
Rahmi bin Bujang
LOKASI:
Pulau Pinang
EMEL:
Akarstudio17@gmail.com
BIODATA PESERTA:

Kerusi…Kerusi..Kerusi..Karya ini memperincikan tentang permasalahan berkaitan kerusi panas yang sering membadai eko-politik mana-mana negara. Kiasan kerusi adalah sinonim tentang pelbagai taktik untuk berkuasa dan mengumpul pengaruh. Namun,secara akronimnya, makna kerusi sebenar sering kali dipergunakan oleh ahli ahli politik sehingga dipandang sinis oleh majoriti masyarakat. Kerusi ini adalah lebih tepat sebagai tempat untuk kita berpaut dan bergantung serta seharusnya dijaga dengan penuh berprinsip.
Erti kerusi ini juga lebih terkait dengan takhta. Ia juga turut menceritakan tentang perihal peribadi mulia & kejujuran serta ketaatan daripada sembah rakyat kepada rajanya. Jika Kerusi-kerusi ini dapat disusun dengan molek, maka tercapailah perpaduan & kesatuan rakyat sesebuah negara.Serangkap berkaitan kerusi..Kerusi kukuh ramai ingin duduk bersimpuh, berkhianat sudah dan bersifat bodoh, dibolak balik hati yang resah dan luluh, kelak teraniaya rakyat lumpuh..oleh akar studio