PESERTA
NAMA:
Shahrul Munir Mohd Kaulan
LOKASI:
Melaka
EMEL:
munirkaulan@gmail.com
BIODATA PESERTA:

Tajuk karya : “MAIN SAMA-SAMA”
Jenis Karya : Karya instalasi berukuran pelbagai (variable).
Medium karya : Kereta mainan rosak, pelbagai bahan botol plastik dan lain-lain bahan plastik yang bersesuaian.
Size: 24ft x 10ft x 14ft
Tahun: 2021
Perlaksanaan : Komuniti partisipasi.
Cadangan lokasi : Galeri Gas, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Melaka.
KETERANGAN KARYA – “MAIN SAMA-SAMA”
Karya yang dicadangkan bersifat instalasi Permainan Kenderaan yang memenuhi ruang GALERI GAS, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka. Karya ini visualnya berbentuk bebas dan instalasi bebas bergantung kepada keadaan. Alat permainan terpakai dan bahan terbuang yang diberi ‘nafas baru’ menjadi alat permainan kenderaan yang memenuhi ruang Galeri GAS. Penglibatan masyarakat sekiling terdiri dari staff dan pelajar Seni Halus merupakan salah satu kaedah dan proses instalasi. Konsepnya pengunjung bebas untuk sentuh, bermain, berswafoto, dan membuat permainan kenderaan mereka sendiri bersama-sama di lokasi. Barang keperluan disediakan di lokasi. Pengunjung yang berminat untuk membawa pulang mana-mana permainan perlu ditukarkan dengan sekeping lukisan permainan tersebut. Gambar-gambar aktiviti dan prose juga akan dipamerkan.
KAEDAH DAN PROSES PELAKSANAAN
Kaedah dan proses pelaksanaan saya bahagikan kepada 3 fasa iaitu Pra Aktiviti, Aktiviti Berlangsung dan Aktiviti Selepas ( Pos) ini dilakukan supaya aktiviti ini lebih berkesan dan mampu melibatkan komuniti seni halus dan masyarakat di Melaka, satu bengkel mini akan diadakan khusus untuk membina apa-apa sahaja permainan berasaskan kenderaan dari bahan terbuang. 30 orang bermakna ada 30 atau lebih idea dan kepelbagaian alat permainan kenderaan akan dihasilkan. Semua hasilan tersebut akan dipamerkan di galeri malahan akan ada permainan kenderaan baru dihasilkan sepanjangan projek ini berlangsung.
Pra Aktiviti
1. Mengumpul alat permainan dan bahan plastik terpakai dari kalangan masyarakat ( staff UiTM Melaka dan komuniti sekitarnya).
proses mengumpul gambar-gambar aktiviti serahan
bertukar idea dan pandangan.
Aktiviti berlangsung
2. Mini bengkel
10 orang pensyarah dan 20 orang pelajar Seni halus menghasilkan 1 atau lebih mainan berasaskan kenderaan.
3. Pameran instalasi di Galeri Gas UiTM Melaka
pengunjung boleh terlibat bersama-sama menghasilkan permainan yang mereka mahu mengggunakan bahan yang disediakan
Post Aktiviti
Dokumentasi dalam bentuk penulisan artikel/majalah/ buku
_____________________________________________________________________________________________________
“ Main Sama-Sama”
LATAR BELAKANG PROJEK
Dunia terancam dengan bahan buangan yang tidak boleh terurai sejak sekian lama. Antaranya bahan plastik, kertas, besi, dan kain. Akibatnya berlaku pencemaran alam, menggangu gugat kesihatan haiwan dan tumbuhan. Selari dengan kemodenan dunia, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah supaya kelestarian bumi terjaga. Terdapat konsep baharu iaitu 5R, ‘Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery’ atau ‘Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan’.
Diatas dasar tersebut projek seni “ Main Sama-sama”saya cadangkan untuk dilaksanakan. Projek seni ini berinspirasi untuk memberi nafas baru kepada bahan terbuang. Memberi keutamaan kepada alat mainan plastik rosak yang terbuang dan bahan plastik seperti botol minuman, botol minyak pelincir kenderaan, botol pencuci baju, botol susu lama, straw minuman, dan plastik dari barang elektrik
Alat permainan merupakan dunia kepada kanak-kanak bermula dari kecil lagi. Ada kalanya seawal bayi sudah didedahkan dengan alat permainan. Sehingga lah ke alam persekolahan. Walaupun begitu alat permainan juga menjadi hobi kepada golongan dewasa tetapi ada perbezaannya. Kanak-kanak akan bermain sepuasnya sehingga alat permainan rosak dan dibuang sahaja. Ibubapa biasanya akan membeli mainan yang murah sahaja kerana meraka sedar apa akan berlaku akhirnya. Berbanding orang dewasa lebih bijak mengurus dan main dengan berhemah serta lebih menghargai barang tersebut. Terdapat juga alat mainan yang dijadikan koleksi seperti robot Gundam, kerata kawalan jauh, karektor animasi kartun popular seperti, ultraman, batman, transformers, dan banyak lagi.
CADANGAN KARYA – “Main Sama-Sama”
Karya yang dicadangkan bersifat instalasi Permainan Kenderaan yang memenuhi ruang Galeri GAS, Fakulti Seni Lukis & seni Reka, UiTM Melaka. Karya ini visualnya berbentuk bebas dan instalasi bebas bergantung kepada keadaan. Alat permainan terpakai dan bahan terbuang yang diberi ‘nafas baru’ menjadi alat permainan kenderaan yang memenuhi ruang Galeri GAS. Penglibatan masyarakat sekiling terdiri dari staff, pelajar Seni Halus, dan masyarakat sekeliling merupakan salah satu kaedah dan proses instalasi. Konsepnya pengunjung bebas untuk sentuh, bermain, berswafoto, dan membuat permainan kenderaan mereka sendiri bersama-sama di lokasi. Barang keperluan disediakan di lokasi. Pengunjung yang berminat untuk membawa pulang mana-mana permainan perlu ditukarkan dengan sekeping lukisan permainan tersebut. Gambar-gambar aktiviti dan proses juga akan dipamerkan.