PESERTA
CADANGAN .
PENGENALAN .
PENGENALAN
Pendekatakan pihak penganjur Bakat Muda Sezaman mengetengahkan konsep Seni dilokasi telah memberi ruang kepada para pengkarya untuk mengadaptasi gaya pengkaryaan melalui cara tersendiri. Inisiatif ini memberi laluan baru kepada saya untuk mengaplikasikan penggayaan seni lukisan mural untuk diketengahkan didalam pertandingan ini. Mural adalah lukisan yang dibuat secara langsung di permukaan dinding dan permukaan luas dan kini sedang melonjak naik dalam pengkaryaan budaya Moden. Didalam dunia moden ini seni kontemporari telah mel onjak naik dan mempunyai pelbagai jenis gaya pengkaryaan. Dengan ini, penggunaan gaya Seni mural boleh diadabtasi dalam menghasilkan karya kontemporari dengan pendekatan isu dan konten yang berkaitan. Dalam masa yang sama, gaya perkaryaan ini bakal berjalan seiring dengan arus perkembangan seni semasa.
OBJEKTIF
Menghasilkan karya Mural yang berkisahkan tentang mitos atau lagenda yang berkait rapat dengan masyarakat setempat sambil mengkritik isu yang berlaku dalam masyarakat dalam bentuk sindiran dalam pengkaryaan. Karya yang dirancang bakal mengetengahkan kisah lagen da tasik chini sebagai subjek dalam karya ini. Karya yang bakal dihasilkan ini merupakan sebuah karya bersiri yang menjadi sebuah kesinambungan karya Siri satu iaitu Gergasi Bota yang telah dihasilkan di daerah Perak tengah iaitu di Seri iskandar atau lebih spesifiknya di Kapal Lorek Artspace. Siri pertama ini mengisahkan tentang Bota yang merupakan makhluk gergasi yang menjadi mitos terkenal di daerah Perak Tengah. Lukisan mural bersiri ini dirancang untuk dihasil kan di setiap negeri tertentu bagi mengetengahkan segala lagenda dan mitos rakyat yang wujud dalam masyarakat di Malaysia.
. .
PENYATAAN KARYA
Lukisan berkonsepkan seni doodle hitam dan putih menjadi pilihan sebagi sebuah mural yang mejadi reflek terhadap isu yang berlaku didalam masyarakat setempat. Penggunaan gaya ini bakal dikekalkan dalam penghasilan karya berikutkan sebagai satu siri karya yang berseiringan. Warna hitam dan putih menjai refleksi terhadap kisah yang lama atau nostalgia. Ia menjadi perlambangan terhadap kisah sejarah dan lagenda yang wujud dalam setiap kisah-kisah yang bakal disampaikan didalam karya. Melalui hasil carian yang telah dicari, Kisah Naga tasik chini ini akan diadaptasi bagi menyampaikan penceritaan didalam karya ini. Segala kerosakan yang dibawa oleh manusia akan digantikan dengan karakter yang menjadi satu entiti kemusnahan didalam karya ini iaitu Naga makanikal. Kewujudan Naga Tasik Chini didalam Karya ini memaparkan kemaharan dan keresahan yang dilalui oleh masyarakat yang cuba untuk manjaga kelestarian Alam sekitar dengan baik. Ianya amat berkait rapat dengan mitos-mitos yang disampaikan oleh mulut ke mulut oleh masyarakat terdahulu mengenai tasik chini ini. Segala kerosakkan dan kemusnahan yang berlaku dipaparkan didalam karya ini dalam bentuk “Allegorical”.
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3