PESERTA
PENYATAAN KARYA
Karya ini adalah perentasan masa pengalaman diri, fikiran dan jiwa pengkarya terhadap rumpun pasca tradisi seni dikir barat di Kelantan. Menurut sejarah, pada 1990an, seni dikir barat pernah diharamkan kerana lirik dan persembahannya bercanggah dari asas panduan Islam. Kini, perubahan telah berlaku, kesenian dikir barat kembali kepada bentuk entiti mithali dan wahana nasihat, kisah-kisah rakyat serta menjadi tunjang ketaatan kepada Tuhan,. Mendokong tradisi bermula ketika pengkarya dizaman kanak-kanak apabila tiba sahaja waktu malam, maka akan lalu pintasan bunyi-bunyian alat muzik melintasi ruangan pendengaran. Ketika itu, ianya sangat futuristik, kerana suasana dahulu tanpa gelombang WIFI atau celular data internet, tapi gelombang hati boleh mengenal bunyi. Dikir barat bukan hanya hiburan namun sarat dengan segala bentuk informasi terkini tentang, perihal ekonomi, usaha politik, sosio budaya, perihal penyakit yang disyarahkan oleh Tukang Karut secara spontan, dan dikategori sebagai pensyarah media massa bagi rakyat kampong sebelum datang capaian internet. Jika Tok Jogho menyampaikan lagu Nasib Petani Kampung, maka ulasan selepas itu akan di ulas penuh isi-isi oleh Tukang Karut. Ini sebenarnya sumber bekalan pengetahuan dan ilmu sebelum kehadiran carian Google. Pengkarya memiliki satu kelebihan kerana melihat pasca tradisi ini seolah suatu New Media aneh. Tiada alat perakam yang canggih ketika itu namun getaran muzik tradisional seolah melekat, sukar dipadamkan dan storan deria dengar telah dikurniakan oleh Allah itu sebenarnya jelas tanpa had.
Karya ini disusun dalam bentuk kajian seni instalasi bagi memenifestasikan suasana dan keindahan tradisi dikir barat. Kawalan perasaan tentang tradisi dikir ini disemai lebih dulu dari Bonda pengkarya. Hakikatnya, ini juga merupakan salah satu pendidikan tidak formal bagi pengkarya. Dalam menentukan apa tindakan, maka akan teringat kandungan-kandungan nasihat dalam lagu-lagu dikir barat. Dalam membentuk tamadun bangsa jua, tradisi masyarakat adalah pendidikan awal yang selalu terlepas pandang, mungkin ada jua menaksirnya sebagai kurang penting atau ralat untuk menyatuni.
Data-data pengalaman lalu diterjemahkan kepada rangka-rangka seni installasi. Bentuk segi tiga yang menempatkan ruangan “speaker” tertutup telah mengingatkan pengkarya kepada lirik irama “..Waa..Waa Bule.. Waa Bule Teraju Tigo…” oleh arwah Seman Wau Bulan. Sehingga sekarang lagu tersebut masih menjadi irama penutup seluruh persembahan dikir barat.
Karya ini mungkin disiar langsung, berlatarbelakangkan pokok getah. Pengkarya memilih pokok getah yang masih muda dan belum sampai ukurlilit untuk “ditoreh”. Pengkarya melihat kepada keindahan alam serta etika penanaman baris batang pokok getah secara “penjarakan”.
Mungkin untuk amalan pertanian yang baik, bagi proses torehan bila matang nanti atau untuk kelestarian kesuburan batang hingga akar umbi. Mungkin juga pengkarya meneliti tentang nasib warga seniman tradisi kini, dalam konteks kepentingan kesihatan global yang terkena tempias hingga rumpun ceruk desa. Kata istilah “menoreh” barangkali diterjemahkan kepada tugas atau kerja.
Secara fizikal, penjarakan itu baik. Ada kala jarak ini memberi gangguan. Jarak tradisi dan digital elektronik memberi stigma yang berbeza kepada sesiapapun, Namun, fenomena dan rentak itu boleh kawal atau tak terkawal. Karya Permit Kaseh Budaya adalah suatu persoalan tentang dokongan dan proses memangku budaya tradisi susur jambatan kehidupan pengkarya.
Adakah jarak dahulu boleh merentasi masa melalui bantuan media elektronik?
Adakah tradisi dan media elektronik harus dijauhkan? Atau mungkin kita sedang didekatkan kembali dengan masa lalu untuk mendepani halusinasi masa depan ? Proses memangku ini mungkin mendekatkan kita dengan diri, mungkin cara melihat sosial masyarakat, tatakelola hidup resmi padi, serta yang paling kuat adakah melihat tradisi itu kepada hubungan alam dan penciptaNya
MANUAL PEMASANGAN
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3