CADANGAN KARYA
. .I
PENYATAAN KARYA
Topeng adalah satu fenomena yang wujud secara semula jadi di seluruh pelusuk dunia. Setiap bangsa dan tamadun mempunyai budaya topeng mereka tersendiri. Peranan topeng bermula sejak zaman batu lagi. Ini dapat dikesan melalui peninggalan lukisan dinding gua yang mengambarkan pemakaian topeng yang berbentuk binatang di dalam gua seperti di Altamira (Sepanyol), Lascaux dan Dodogone (Perancis). Topeng kekal hingga ke hari ini walaupun telah melalui pelbagai ragam sejak 30.000 tahun yang lalu. Ketahanan budaya topeng membuktikan kepada kita bahawa perlunya bahan budaya ini harus diberikan satu pemerhatian yang istimewa.
Menurut kamus dewan topeng ialah sesuatu yang menutup muka atau berlindung. Menurut Carl Jung, ahli psikologis abad kedua puluh mentafsirkan topeng sebagai persona. Menurut beliau, manusia mempunyai persona atau dwi personality. Kadang kala, watak yang dipinjam itu lebih mendominasi watak yang sebenar seperti ahli politik dan pelakon. Baharudin Mohd Arus (2002). Topeng itu diibaratkan melihat wajah diri di dalam cermin, tetapi apa dilihat adalah satu alam semester yang mempunyai pelbagai maksudnya. Ini kerana topeng dapat mencerminkan imej yang kita pamerkan kepada orang lain, dan disamping itu ia dapat menyembunyikan diri kita yang sebenar di belakangnya.
Persembahan Karya Idea saya adalah membuat “performance art” iaitu dengan memakai topeng semasa hari kejadian. Seramai 6 orang model termasuklah saya yang akan melakukan “performance art” di hadapan khalayak ramai bagi mewujudkan satu tindak balas antara performance dengan responden. Disebabkan “performance art’ ini berlaku dalam masa singkat jadi saya memutuskan untuk mempamerkan topeng tersebut pada panel selepas dari peragaan. Tujuan adalah untuk memberi laluan kepada responden untuk mendekati topeng tersebut dan mereka harus memilih topeng kesukaan mereka dan memberi ulasan terhadap topeng tersebut. Oleh itu saya akan menyediakan kertas berbentuk soalan (questionaire) pada setiap responden bagi mendapatkan tindak balas dari mereka.
Ini kerana setiap topeng mempunyai perwatakan yang tersendiri, setiap watak yang dihasilkan adalah mengambarkan kepribadian seseorang itu. Antara tempat yang saya rasa sesuai untuk menzahirkan idea ini adalah di Galeri Segaris, Publika. Ini kerana galeri tersebut menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya didalam pusat membeli belah. Pemilihan tempat adalah sangat penting kerana ianya memberi impak kepada karya. Ini kerana karya saya memerlukan responden yang ramai bagi mewujudkan tindak balas terhadap topeng yang dipakai.
Oleh disebabkan karya ini berlaku secara lansung, proses rakaman akan dilakukan bagi mendokumentasikan dan akan di mainkan sepanjang BMS. Ini kerana bagi mengambarkan pada waktu kejadian kepada pengunjung yang tidak berpeluang untuk melihat secara lansung. Dapatan Kajian Hasil dari responden ini, pengkaji akan mengetahui kecederungan responden didalam sesuatu topeng. Ini kerana karya ini bersifat “interactive”. Maka ianya mempunyai kaitan antara pengkaji dengan responden.
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3