PROFIL
NAMA:
- Muhammad Ibrahim bin Khairulsani
- Nor Nabila binti Mohammad Fairuz
- Engku Erfan Ekhwanuddin
- Raja Amirul Iman Raja Dzafran
LOKASI:
Aplikasi atas talian (Online)
Aku dan Guru
Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) mempunyai 17 pecahan di dalam kandungannya. Matlamat yang diangkat bagi penghasilan karya ini adalah pada matlamat yang ke-empat, iaitu, pendidikan yang berkualiti. Pendidikan merupakan sebuah perkara yang penting, oleh kerana itu, kualiti pendidikan yang diberi atau disediakan perlulah mampan dalam menghasilkan generasi yang juga berkualiti.
Oleh kerana wujudnya kepentingan dan kesedaran terhadap adab di dalam menuntut ilmu, maka penelitian masalah yang dipilih bagi membincangkan perkara ini adalah, di dalam bentuk karya seni kreatif. Hal ini kerana ianya bukan sahaja praktikal bagi mengetengahkan adab menuntut ilmu, malahan juga menarik dan menghiburkan bagi menyampaikan sesebuah nilai murni, terutama untuk golongan remaja pada masa kini.
Menghasilkan karya kreatif berbentuk digital bagi mempamerkan adab menuntut ilmu dalam kalangan remaja, seperti yang disarankan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Al- Ghazali. Konteks integrasi di antara ilmu naqli dan ilmu aqli ini disampaikan di dalam tulisan jawi dengan menggunakan platform media sosial yang sedia ada, bagi mewujudkan nilai interaktif di antara pengkarya dan penonton.