PROFIL
NAMA:
Muhammad Amzar bin ShamsulKamar
LOKASI:
GMBB Mall, Kuala Lumpur
BIODATA PESERTA:
“Acuan Tanggung”
Karya ini mencerminkan pemahaman bahawa tanggapan dan tanggungan dalam hidup kita bersifat sementara dan perlu kita hadapi dengan kemampuan terbaik kita miliki. Seperti sebuah acuan pembinaan, semakin baik acuan yang kita miliki, semakin baik pula tanggungan konkrit yang akan kita bina. Karya ini mengajak kita merenung kehidupan yang adakalanya terasa berat dan mengecewakan, namun dengan dasar dan iltizam yang kuat serta stabil, kita mampu menghadapinya dengan baik.
Interpretasi Warna Biru: Penggunaan warna biru dalam karya ini mewakili perasaan dan emosi yang tersimat di dalm jiwa kita. Biru sering dikaitkan dengan kedamaian, ketenangan dan refleksi. Dalam konteks ini, warna biru menggambarkan perasaan yang digambarkan dalam karya ini berasal dari dalam diri, mencerminkan pengalaman peribadi yang sering terasa asing namun tetap terkait dengan pengalaman dan emosi manusia lainnya.
Secara keseluruhan, karya ini menekan pentingnya persiapan diri dan membangunkan dasar yang kuat dalam menghadapai beban dan tanggungan hidup. Ini mengajak kita untuk berfikir tentang bagaimana kita dalam merangkul tanggungjawab kita dengan kesedaran diri yang dalam, dan mecuba yang terbaik untuk menghadapinya dengan kepala yang tegak
Karya ini akan dipasang di atas dinding sementara galeri, dan bertujuan untuk memberi gambaran sebagaimana skala sebenar acuan pembinaan sebuah rasuk konkrit di bina (beam concrete formwork). Secara keseluruhannya, bentuk sudut di ambil kerana bentuk yang menarik dan dinamik untuk dijadikan kompisisi. Hasilnya, supaya dapat menarik minat pengunjung untuk berinteraksi dengan instalasi secara dekat atau jauh.
Tambahan itu, instalasi ini adalah bersini seni fenologi (phenomenology art) yang mana seni tersebut terkait kepada perubahan keadaan sekeliling. Dalam konteks instalasi ini, peranan lampu dan sudut komposisi instalasi.
Komposisi lampu and memberi suatu dimensi visual yang berbeza untuk artis dan pengunjung alami di sepanjang pameran. Hasil limpahan lampu akan memberi impak yang berbeza terhadap instalasi.