Creative Space Seri Pacific

Creative Space Seri Pacific

Siaran Media Majlis Perasmian Pameran “SELSIUS 2016”

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2016 – Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran “SELSIUS 2016” yang dilancarkan oleh YBrs. Encik AK Yeap , Pengarah Urusan Clayton Group pada 2hb OGOS 2016 (Khamis) jam 3.30 petang.

Pameran “SELSIUS 2016” adalah adalah pameran Festival Seramik Antarabangsa yang ke –7 melibatkan penyertaan 11 buah negara iaitu Korea, Turki, China, India, Thailand, USA, Switzerland, Jepun, Singapura, Indonesia dan termasuk Malaysia.

Selsius bermaksud takat suhu pembakaran seramik yang dipraktis oleh seniman, pereka, usahawan kraf dan teknologis industri. Perkataan Selsius merupakan metafora kepada semangat dan impian agar seni seramik kontemporari negara sentiasa berkembang di persada antarabangsa. Pameran Selsius merupakan antara satu wadah dan wahana kepada seniman seramik lama dan baru dalam menzahirkan idea kreatif yang bersirnegi dengan teknologi mutakhir

Pertama kali Pameran Selsius ini diadakan pada tahun 2005, dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk, Pusat Pengajian Seni, ia merupakan sebuah gesture ke arah perkembangan seni seramik kontemporari negara yang lebih dinamik. Selsius pada tahun 2016 berjaya menarik penyertaan seramai 72 seniman (30 seniman antarabangsa, 42 seniman negara). Selsius 2016 merupakan pameran seramik antarabangsa yang terbesar pernah dianjurkan dalam sejarah negara.

Pelbagai program sokongan yang akan dijalankan di Balai Seni Visual Negara iaitu BICARA SENI, DEMONSTRASI/BENGKEL SERAMIK dan JUALAN SERAMIK. Program ini dapat menggalakkan peminat seni diluar sana untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan seni seramik.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai pada 2hb Ogos 2016 2016 sehingga 30 September 2016 jam 10 pagi sehingga 6.00 petang di Galeri Reka Balai Seni Visual Negara. Orang ramai dijemput hadir.

Floor Talk/Art Talk

Floor-Art-Talk-Ruzaika