PENDAHULUAN

Tabung Bantuan Seni (TBS) adalah satu saluran pemberian sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan khususnya kepada penggiat seni individu dan berkumpulan yang memohon sumbangan dari jabatan ini untuk menjalankan aktiviti seni, luar dari Balai Seni Negara (BSN).

LATAR BELAKANG

BSN ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 dengan visi sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara. BSN berperanan sebagi institusi seni yang mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni rupa kepada semua lapisan masyarakat.

BSN telah berjaya melibatkan diri dalam mewujudkan kepelbagaian manisfestasi seni di kalangan masyarakat pelbagai lapisan menerusi aktiviti pihak luar. Beberapa anugerah / sumbangan / pembiayaan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF

Tabung Bantuan Seni diwujudkan sebagai usaha membantu membiayai para penggiat seni rupa, pelukis dan karyawan seni untuk mengikuti pelbagai bentuk program, kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, kemampuan dan kecekapan mereka dalam genre bidang masing-masing.

Menyediakan dana kepada penggiat seni untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni samada dalam atau luar negara.

Membantu artis dalam membina dan meningkatkan kerjaya seni.

Memperkukuhkan imej dan kewibawaan jabatan dalam mempergiatkan aktiviti seni yang berkualiti dalam memartabatkan seni dan penggiat seni tempatan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Tabung Bantuan ini terbuka kepada:

Permohonan individu

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bukan Penjawat Awam Tetap iaitu Penjawat Awam seperti pegawai lantikan kontrak, sementara, singkat, sambilan dan sandaran (atas syarat-syarat tertentu)
  3. Mendapat kelulusan Ketua Jabatan
  4. Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah
  5. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  6. Berdaftar / ahli BSN (Membership)*
  7. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)

Permohonan Kumpulan Individu

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  3. Berdaftar / ahli BSN (Membership)*
  4. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)
  5. Mendapat persetujuan pelantikan atau kelulusan secara bertulis sebagai ketua/wakil kumpulan

Permohonan Persatuan / Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan

  1. Berdaftar dengan pertubuhan/syarikat dan masih sah
  2. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  3. Berdaftar / ahli BSN (Membership)*
  4. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)
  5. Mendapat persetujuan pelantikan atau kelulusan secara bertulis sebagai ketua/wakil dari Persatuan / Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan yang diwakili.

Semua permohonan hendaklah mengemukakan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Biodata artis / institusi
  2. Kertas projek / proposal (termasuk anggaran kos)
  3. Surat tawaran / jemputan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan

IKATAN / SUMBANGAN

Pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan ini dikehendaki:

  1. Membawa dan mempromosi logo BSN di dalam setiap penerbitan
  2. Mengemukakan laporan atau katalog dan bahan dokumentasi dalam bentuk audio visual berkenaan program tersebut.
  3. Memberi sumbangan balas secara sukarela kepada BSN jika diminta berbuat demikian. Sumbangan ini samada dalam bentuk perkhidmatan, khidmat nasihat, atau apa-apa bentuk perkhidmatan yang dinyatakan oleh BSN.

KAEDAH / PROSES

  1. Pemilihan pemohon-pemohon yang layak bagi menerima pembiayaan ini akan dinilai, ditapis dan ditentukan oleh Panel Jawatankuasa Tabung Bantuan Seni BSN.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bantuan Seni akan diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu atau sebulan bekerja. (bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima).
  3. Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua bulan sebelum program berlangsung.
  4. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak benar dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya penyaluran bantuan disalahgunakan.

ALAMAT SURAT MENYURAT

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan kepada:

Ketua Pengarah
Balai Seni Negara
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u/p : Urusetia Tabung Bantuan Seni)
Tel : 03-40267000