Balai Seni Negara memperkenalkan keahlian “NAG Friends” yang merangkumi tiga (3) pilihan keahlian yang diperbaharui dan menarik iaitu:

  • Keahlian Pelukis (Artist Membership)
  • Kelab Kanak-kanak (Kids Club)
  • Rakan Galeri (Friends of the Gallery)

Keahlian NAG Friends adalah terbuka kepada pencinta seni tanah air! Apabila anda membawa kad keahlian NAG Friends, anda akan mendapat pelbagai faedah yang lebih eksklusif.

Anda juga berperanan sebagai ‘duta’ NAG Friends dalam mempromosi Balai Seni Negara dan program-programnya untuk membawa seni kepada khalayak ramai.

Raih cinta anda terhadap seni bersama Balai Seni Negara dan menyokong program-program di Balai Seni Negara dengan menjadi salah satu keahlian NAG Friends!

Jom sertai keahlian NAG FRIENDS sekarang!

Keahlian Pelukis di Balai Seni Negara adalah terdiri daripada pelukis tempatan yang bertujuan untuk menjayakan matlamat dalam mempamer, mendidik dan berkongsi seni kepada khalayak ramai serta meningkatkan keterlihatan diri dan menggalakkan pembangunan industri seni visual.

Kelebihan menjadi ‘Artist Membership’
  • Menikmati diskaun 10% untuk pembelian kesemua barangan bahan-bahan melukis, penerbitan dan cenderamata di NAG Store
  • Menikmati diskaun 20% dalam menyertai program/bengkel/aktiviti seni berbayar
  • Menerima SENIKINI: Malaysia Art Now secara percuma untuk setahun
  • Menerima jemputan menghadiri majlis perasmian pameran dan sebarang acara anjuran Balai Seni Negara melalui SMS atau e-mel
  • Penyertaan dalam pameran ‘Artist Membership’ (Tertakhluk kepada cadangan Takwim Pameran)
  • Berpeluang menghantar permohonan mengadakan pameran atau program di Balai Seni Negara (Setiap permohonan akan melalui penilaian oleh Jawatankuasa Pameran)
  • Berpotensi dipertimbangkan untuk mendapat bantuan menerusi Tabung Bantuan Seni (TBS) Balai Seni Negara

Terma dan Syarat Keahlian

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke atas dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam pelbagai bidang seni visual
  • Berstatus pelukis sepenuh masa atau separuh masa

Bayaran Pendaftaran Keahlian

  • RM 100.00 (Sepanjang Hayat)

Untuk pendaftaran secara dalam talian, klik disini.

Untuk muat turun Brosur dan borang pendaftaran secara manual, klik disini.