Selain dari mempamer dan mengumpul koleksi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) juga menyediakan kemudahan Pusat Sumber Rujukan Seni. Di sini terdapat lebih dari 4500 buah buku mengenai seni terbitan tempatan dan luar negara. Lebih kurang 500 biodata artis (artists) tempatan yang berdaftar, Juga terdapat koleksi kertas penyelidikan, rujukan akbar digital dan juga tempat untuk berdiskusi. Selain daripada itu, 5 stesyen capaian internet juga disediakan dengan kadar bayaran yang minimum.

Pusat Sumber LPSVN menyediakan kemudahan rujukan bahan dalam bidang seni tampak dan luar negara bagi para penyelidik dan pengikut seni tampak. Koleksi Pusat Sumber ini terdiri daripada bahan terbitan yang diterbit pada awal tahun 1960-an hingga yang terkini. Selain daripada itu, biografi pelukis terkenal tempatan dan keratan akhbar berkenaan bidang seni tampak negara juga merupakan antara koleksi berharga yang tersimpan di Pusat Sumber LPSVN.

Pusat Sumber juga dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet untuk kemudahan pencarian bahan kepada para penggunanya. Selain daripada itu, Pusat Sumber juga menyediakan kemudahan pencarian bahan secara web based kepada pengguna. Kini para pengguna boleh membuat pencarian bahan dan maklumat hanya melalui akses Internet di mana sahaja mereka berada.

Para pengunjung LPSVN adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Pusat Sumber untuk memahami dengan lebih jelas lagi aliran seni tampak. Pihak Pusat Sumber bersedia membantu anda untuk mengetahui perkembangan seni tampak dalam dan luar negara.