Objektif utama Balai Seni  Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.

Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.

Balai Seni Negara sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara.

Ya, LPSVN menerima pelajar bagi latihan industri, walaubagaimanapun tempat adalah terhad. Permohonan boleh dibuat melalui Fakulti atau Universiti dan dialamatkan kepada Ketua Pengarah LPSVN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut: Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program diploma dan ijazah sarjana muda dari IPTA dan IPTS yang diiktiraf. Pengambilan pelajar berdasarkan jurusan yang diikuti pelajar yang merangkumi. a. Pembangunan Seni b. Pengurusan Konservasi, c. Pengurusan Seni, d. Senireka Grafik e. Pemasaran dan perhubungan awam. * LPSVN tidak menyediakan sebarang bayaran / elaun, kemudahan pengangkutan dan kediaman kepada pelajar- pelajar latihan industri.

Perjawatan di LPSVN akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia sekiranya terdapat kekosongan di Agensi. Jawatan yang ditawarkan merangkumi, sambilan, kontrak dan tetap. Iklan bagi jawatan kosong akan disiarkan melalui akhbar-akhbar perdana Malaysia dan juga melalui website LPSVN www.artgallery.gov.my

Balai Seni Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.