Koleksi Potret Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2016– Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran “KOLEKSI POTRET PARLIMEN MALAYSIA” yang dilancarkan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysiapada 14hb Julai 2016 (Khamis) jam 4.00 petang.

Kewujudan Parlimen hingga ke hari ini telah menyaksikan kehadiran yang silih berganti 44 orang tokoh yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara. Rentetan itu, sejumlah catan potret yang sama juga telah dihasilkan secara komisyen oleh pelukis seperti Ahmad Nazri Abdullah, Jaafar Taib, Johari Alias, Samjis Mat Jan, Harun Lat, dan Ahmad Zakii Anwar.

Asalnya, karya-karya ini digantung pada ketinggian anggaran 4.5 meter dengan jarak melihat sejauh 2 meter dari ruang legar aras satu bangunan Parlimen. Catan potret ini berfungsi sebagai representasi visual tokoh penting dalam perjalanan Parlimen Malaysia. Karya-karya ini juga, adalah kali pertamanya dipamerkan di dalam ruang Galeri Potret Negara. Sebanyak 22 buah karya dari empat kumpulan utama tersebut, telah dipilih untuk dipamerkan kepada khalayak.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati ketelitian potret parlimen dengan lebih dekat di Galeri Potret dibuka kepada orang ramai pada 5hb April 2016 2016 sehingga 30 September 2016 jam 10 pagi sehingga 6.00 petang di Galeri Potret, Balai Seni Visual Negara. Orang ramai dijemput hadir.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan