Pameran Seramik

Studio-Seramik

Pameran Seramik Studi 2016 akan diadakan pada 12 November hingga 25 November di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah ditetapkan pada 18 November 2016, Jumaat, 3.00 petang di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Sedikit informasi mengenai pameran ini, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) berkolaborasi bersama  Seri Pacific Hotel bagi mengadakan pameran di ruang Artiseri Gallery, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Pameran yang dipamerkan pada kali ini ialah Pameran Ceramic Studio 2016.  Pameran tersebut adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada pelukis dan pengkarya untuk mengembangkan potensi kreativiti mereka. Ruang pameran ini juga dikenali sebagai ArtiSeriBSVN@Seri Pacific.Pameran ini juga diadakan bersempena 1  Malaysia Art Trail  (1MCAT) 2016.  Pameran adalah secara berkala, dalam dua minggu sahaja dan diikuti pameran seterusnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Melalui Pameran Ceramic Studio 2016 mempersembahkan karya-karya 3D seramik kontemporari dari 6 orang pengkarya seramik Malaysia. Pengkarya yang bergabung dalam pameran yang diadakan ini ialah Dr. Shamsu Mohamad dari Sila Studio Balik Pulau, Pulau Pinang, En.  Adil Abdul Ghani dari Bench Mark Studio Chendering,Terengganu , En. Mohammad Iqbal Awang Damit Bangkita Art Studio Teluk Panglima Garang, Selangor, En. Ibrahim Mohd. Don @ Dun dari Techno Ceramic Kuala Kangsar, Perak dan En. Cheah Yeow Seng dari Touch Of Clay Segambut, Kuala Lumpur.

Pameran ini memperlihatkan keindahan olahan seni seramik yang dihasilkan melalui pelbagai teknik dan eksperimen pengkarya. Pengkarya bermain dengan alunan tanah bagi memberikan cetusan idea tentang landskap, flora dan fauna, kehidupan serta kebudayaan setempat. Warna-warna yang diterapkan serta bentuk-bentuk yang dihasilkan memperlihatkan kehalusan seni seramik serta memberikan ruang penceritaan terhadap karya tersebut. Karya seramik artistik dan komersial yang dipamerkan adalah untuk memberikan info dan pendedahan tentang keunikan karya seramik tempatan dan  menarik minat pengunjung dan pelawat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan