Program Artis Tamu

Program Laman Santai diadakan setiap hari Sabtu setiap bulan bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam di Laman Beringin Istana Budaya. Program yang dikendalikan oleh Istana Budaya dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara meliputi persembahan pentas dan demontrasi melukis. Salah satu pengisian daripada Balai Seni Visual Negara ialah penglibatan beberapa orang pelukis yang mempamerkan pelbagai lukisan, lakaran wajah, demonstrasi melukis dan karikatur kepada pengunjung-pengunjung Laman Santai.

Di samping itu, Istana Budaya turut mengundang artis-artis terkemuka tanah air untuk turut sama membuat persembahan bagi memeriahkan program tersebut. Tidak lupa juga menampilkan artis-artis dari Istana Budaya sendiri yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional pelbagai budaya. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Laman Santai anjuran Istana Budaya ini.

Aktiviti Laman Santai

Tabung Bantuan Seni

PENDAHULUAN

Tabung Bantuan Seni (TBS) adalah satu saluran pemberian sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan khususnya kepada penggiat seni individu dan berkumpulan yang memohon sumbangan dari jabatan ini untuk menjalankan aktiviti seni, luar dari Balai Seni Visual Negara (BSVN).

LATAR BELAKANG

BSVN ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 dengan visi sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara. BSVN berperanan sebagi institusi seni yang mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni rupa kepada semua lapisan masyarakat.

BSVN telah berjaya melibatkan diri dalam mewujudkan kepelbagaian manisfestasi seni di kalangan masyarakat pelbagai lapisan menerusi aktiviti pihak luar. Beberapa anugerah / sumbangan / pembiayaan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF

Tabung Bantuan Seni diwujudkan sebagai usaha membantu membiayai para penggiat seni rupa, pelukis dan karyawan seni untuk mengikuti pelbagai bentuk program, kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, kemampuan dan kecekapan mereka dalam genre bidang masing-masing.

Menyediakan dana kepada penggiat seni untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni samada dalam atau luar negara.

Membantu artis dalam membina dan meningkatkan kerjaya seni.

Memperkukuhkan imej dan kewibawaan jabatan dalam mempergiatkan aktiviti seni yang berkualiti dalam memartabatkan seni dan penggiat seni tempatan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Tabung Bantuan ini terbuka kepada:

Permohonan individu

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bukan Penjawat Awam Tetap iaitu Penjawat Awam seperti pegawai lantikan kontrak, sementara, singkat, sambilan dan sandaran (atas syarat-syarat tertentu)
  3. Mendapat kelulusan Ketua Jabatan
  4. Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah
  5. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  6. Berdaftar / ahli BSVN (Membership)*
  7. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)

Permohonan Kumpulan Individu

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  3. Berdaftar / ahli BSVN (Membership)*
  4. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)
  5. Mendapat persetujuan pelantikan atau kelulusan secara bertulis sebagai ketua/wakil kumpulan

Permohonan Persatuan / Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan

  1. Berdaftar dengan pertubuhan/syarikat dan masih sah
  2. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang
  3. Berdaftar / ahli BSVN (Membership)*
  4. Program / aktiviti yang tidak membawa keuntungan (profit making)
  5. Mendapat persetujuan pelantikan atau kelulusan secara bertulis sebagai ketua/wakil dari Persatuan / Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan yang diwakili.

Semua permohonan hendaklah mengemukakan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Biodata artis / institusi
  2. Kertas projek / proposal (termasuk anggaran kos)
  3. Surat tawaran / jemputan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan

IKATAN / SUMBANGAN

Pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan ini dikehendaki:

  1. Membawa dan mempromosi logo BSVN di dalam setiap penerbitan
  2. Mengemukakan laporan atau katalog dan bahan dokumentasi dalam bentuk audio visual berkenaan program tersebut.
  3. Memberi sumbangan balas secara sukarela kepada BSVN jika diminta berbuat demikian. Sumbangan ini samada dalam bentuk perkhidmatan, khidmat nasihat, atau apa-apa bentuk perkhidmatan yang dinyatakan oleh BSVN.

KAEDAH / PROSES

  1. Pemilihan pemohon-pemohon yang layak bagi menerima pembiayaan ini akan dinilai, ditapis dan ditentukan oleh Panel Jawatankuasa Tabung Bantuan Seni BSVN. Carta aliran proses permohonan adalah seperti di lampiran.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bantuan Seni akan diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu atau sebulan bekerja. (bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima).
  3. Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua bulan sebelum program berlangsung.
  4. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak benar dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya penyaluran bantuan disalahgunakan.

ALAMAT SURAT MENYURAT

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan kepada:

Ketua Pengarah
Balai Seni Visual Negara
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u/p : Urusetia Tabung Bantuan Seni)
Tel : 03-40267000

Pelukis di Lobi

pelukis di lobi

Balai Seni Visual Negara (BSVN) menempatkan ‘Pelukis di Lobi’ di bawah Program Artis Tamu yang bermula dari Oktober 2009 sehingga Disember 2009 dan diadakan setiap hari bermula dari jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang. ‘Pelukis di Lobi’ menonjolkan 3 orang pelukis veteran tempatan yang akan membuat demonstrasi  secara langsung dan berkongsi idea melalui pengalaman mereka dalam bidang seni dengan pengunjung BSVN.

Pelukis yang telah dipilih bagi program ini adalah Encik Osman Akbar yang terkenal dengan lanskap Malaysia dan rumah tradisional Melayu. Puan Mah Ai Ching dengan sentuhan karya menggunakan cat air yang menggambarkan keindahan flora dan fauna Malaysia dan Encik Thangarajoo a/l M.A. Kanniah , pelukis yang menampilkan kepelbagaian bakat dan merupakan bekas ahli kumpulan ‘Anak Alam’.

Balai Seni Lukis Negara juga menonjolkan pelukis dari ‘Mouth & Foot Painting Artists of Malaysia’(MFPA) bagi menunjukkan kemahiran teknik luarbiasa melukis.

Jadual pelukis adalah seperti berikut :

Osman Akbar : Isnin & Khamis

Mah Ai Ching : Selasa & Sabtu

Thangarajoo M.A Kanniah : Rabu & Jumaat

‘Special artists’ dari MFPA Malaysia :  Ahad

Keahlian Pelukis

Kad Keahlian Pelukis

Keahlian pelukis akan menikmati faedah menarik seperti berikut:

  1. Dijemput menghadiri pembukaan pameran, menyertai program khas, bengkel, ceramah dan sebarang acara anjuran Balai Seni Visual Negara.
  2. Menikmati *diskaun 10% ke atas hampir kesemua barangan di Kedai Galeri merangkumi bahan-bahan melukis, penerbitan dan cenderamata.
  3. Menerima maklumat terkini melalui SMS.
  4. Menerima warkah Balai Seni Visual Negara, SENIKINI: Malaysia Art Now, percuma untuk setahun (enam keluaran).
  5. Nama dan alamat pelukis akan dimuatkan di dalam rangkaian laman web direktori pelukis Balai Seni Visual Negara.

Keahlian pelukis terbuka kepada semua pelukis pelbagai bidang. Keahlian boleh dipohon sepanjang tahun di Balai Seni Visual Negara. Yuran pendaftaran bagi tempoh setahun ialah RM 20.00, manakala bagi tempoh sepanjang hayat ialah sebanyak RM100.00. bayaran boleh dibuat melalui cek/bankderaf/wang pos atas nama Balai Seni Visual Negara. Klik sini untuk mendapatkan borang pendaftaran dan hantarkan ke alamat :

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.

Atau untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Tan Sei Hon (Kurator, Cawangan Pembangunan Seni)
Cik Hartini Yajid (Penolong Kurator)
Cik Wan Faizun ( Penolong Kurator)

Telefon : 03-4026 7000

Faks : 03-4025 4987

Peti Seni /Wakaf @ LPSVN

Peti [email protected]

peti seni

Peti  seni ditubuhkan ruang  yang konduksif kepada pelukis terplih dalam menghasilkan kerja –kerja  seni mereka . peti seni  adalah di bawah program  jemputan pelukis tamu yang bermula dari tahun 2008 bagi mengglakakn pelukis berkarya disamping dapat menarik perhatian pengunjung yang berkunjung dan secara tidak langsung dapat memberangsangkan perasaan ingin tahu pengunjung yang berkunjung ke balai seni visual Negara (BSVN).

Peti seni juga disedia bagi memberi ruang kepada pelukis muda yang baru memulakan karier dan dapat membangunkan potensi seni dengan penyertaan bakat baru  mahupun pelukis-pelukis muda.pelukis yang berada di peti seni akan mengadakan demonstrasi dan menunjukkan kemahiran mereka kepada orang awam atau pengunjung BSVN selain dapat berinteraksi dan memberi  tunjuk ajar secara langsung.pengunjung dijemput masuk dan bebas berinteraksi dengan pelukis jemputan.setiap hasil karya  adalah untuk di pamer dan dijual.

Untuk maklumat lanjut :

Bahagian Jaringan dan Pendidikan

Urusetia Program Peti Seni BSVN,
Cawangan Pembangunan Seni,
Balai Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.

Tel : +603 4026 7000 | Faks : +6 03 4025 4998

Wakaf di Balai Seni Visual Negara

Wakaf BSLN menempatkan pelukis kreatif dan berdedikasi tanpa pendidikan seni formal dengan ekspresi seni pelbagai gaya dan media.  Setiap hari, beberapa orang pelukis akan melukis dan membuat demonstrasi sambil berinteraktif dan memamerkan hasil kerja seni mereka untuk tatapan umum serta jualan. Anda bebas berinteraksi, bersembang dan bersantai dengan pelukis-pelukis Peti Seni serta Wakaf BSLN ini.

Program Penempatan di Peti Seni

Balai Seni Visual Negara (BSVN) mempelawa para pelukis dan pengkarya seni visual di Malaysia untuk mengemukakan permohonan berkarya di Peti Seni yang disediakan oleh BSVN.

Terma dan syarat umum permohonan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua pengkarya seni visual warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas dari tarikh pemohonan (sila nyatakan jika menghadapi masalah kesihatan / kurang upaya).
  2. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan program Kad Keahlian Pelukis BSVN (Artist Membership BSVN). Keutamaan akan diberikan kepada ahli yang mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup.
  3. Setiap permohonan Program Berkarya di Peti Seni mestilah dibuat melalui borang permohonan yang disediakan oleh BSVN serta dilampirkan bersama-sama dengan:
    1. Satu salinan kad pengenalan, DAN
    2. Satu curricular vitae (CV) atau maklumat biodata pemohon.
  4. BSVN berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang tidak mematuhi syarat dan segala keputusan BSVN adalah muktamad.
  5. Pemohon mestilah bersetuju bahawa penglibatan berkarya di Peti Seni BSVN adalah bagi tempoh 3 bulan sahaja. Permohonan perlanjutan tempoh boleh dibuat secara bertulis dan tertakluk kepada pertimbangan BSVN.
  6. Pemohon yang berjaya mestilah bersetuju untuk:
    1. Menghadiahkan satu (1) buah lukisan terbaik kepada BSLN setelah tamat tempoh penempatan, ATAU
    2. Menyumbangkan tenaga dalam mana-mana aktiviti BSVN secara percuma yang akan ditentukan oleh urusetia.
  7. Pemohon yang berjaya mestilah sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan para pengunjung BSVN.
  8. Karya yang dihasilkan sepanjang penempatan di Peti Seni boleh dijual.
  9. Penggunaan ruang Peti Seni atau peralatan yang disediakan adalah percuma.
  10. Tiada elaun atau apa-apa bayaran akan diberi kepada pemohon sepanjang tempoh penempatan di Peti Seni.

Para pelukis dan pengkarya seni visual yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan Program Berkarya di Peti Seni ini daripada urusetia program iaitu :

Bahagian Jaringan dan Pendidikan

Permohonan Kad Keahlian Pelukis BSVN (Artist embership BSVN) pula boleh dibuat kepada :

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Urusetia Program Peti Seni BSVN,
Cawangan Pembangunan Seni,
Balai Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.

Tel : +603 4026 7000 | Faks : +6 03 4025 4998

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat oleh pihak urusetia.

Permohonan program ini adalah dibuka sepanjang tahun.