Logo

logo1

Bentuk mata melambangkan penglihatan pelukis/penggiat seni visual.
Bentuk empat segi tepat mewakili seni visual.
Bentuk bujur memanjang menyarankan intisari seni.
Logo ini direka cipta oleh Y. Bhg. Datuk Syed Ahmad Jamal.

Visi

Menjadi pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang amanah warisan seni negara.

Misi

Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan mayarakat.

Objektif
  1. Memperolehi hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya di dalam negara dan juga dari luar negara.
  2. Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara.
  3. Mempromosi dan meningkatkan mutu seni tampak negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara.
  4. Mewujudkan kesedaran, memupuk kefahaman, penghayatan dan penghargaan terhadap seni.
Dasar Asal
  1. Menubuhkan sebuah Himpunan Tetap karya-karya seni untuk negara.
  2. Mempersembahkan pameran-pameran karya seni tempatan dan luar.
  3. Menggalakkan perkembangan seni di kalangan masyarakat.
Dasar Pameran
  1. Jawatankuasa Pameran, Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara (BSVN) bermesyuarat beberapa kali dalam setahun untuk memilih cadangan/permohonan pameran yang diterima. Pihak jawatankuasa tetap mengalu-alukan cadangan/permohonan di sepanjang tahun sekalipun tarikh tutup untuk cadangan/permohonan pameran tahun berikutnya adalah pada 1 September tahun semasa.
  2. Oleh kerana biasanya jumlah cadangan pameran yang diterima melebihi kuota yang ada, sesuatu maklumbalas boleh tidak diberi segera. Balai Seni Visual Negara berhak untuk menerima atau menolak cadangan/permohonan pameran mengikut kriteria pemilihan dan diskrisi. Pemohon juga mungkin diminta memberi maklumat lebih lanjut berkaitan cadangan. Semua cadangan/proposal yang diluluskan akan merangkumi perjanjian individu mengikut terma kerjasama yang dipersetujui antara pencadang dan Balai Seni Visual Negara.