Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran dan berterima kasih ke hadrat tuhan dengan izin dan rahmatnya, dapat saya menyampaikan sepatah dua kata didalam Laman Web Balai Seni Negara ini. Harapan saya, dengan wujudnya laman web ini memberi banyak manafaat dan kebaikan kepada para pelayar untuk mengenali Balai Seni Negara dengan lebih dekat lagi. Laman web Balai Seni Negara ini adalah merupakan versi yang terbaru setelah dinaiktarafkan bertujuan untuk memberikan pengalaman pelayaran yang terbaik.

Laman web versi terbaru ini diharapkan akan menggamit lebih ramai pelayarnya untuk menyaksikan keunikan Balai Seni Negara di samping dapat menerokai sendiri keindahan dan keistimewaan seni tampak Negara secara maya. Adalah diharapkan ianya dapat memberi pengalama dan peluang kepada para pelayarnya untuk sama-sama memanafaatkan sepenuhnya penggunaan Teknologi Maklumat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga maklumat mengenai seni tampak Negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong Balai Seni Negara selama ini dan kami akan berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami dari masa ke semasa.

Akhir kata, saya berharap agar maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memberi manfaat yang baik kepada kita semua.

Terima Kasih

Selamat melayari Laman Web Balai Seni Negara

YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah
Pengerusi
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara