Apakah objektif utama Balai Seni Negara?
Objektif utama Balai Seni Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
Misi LPSVN
Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.
Visi LPSVN
Balai Seni Negara sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara.
Adakah LPSVN menyediakan tempat bagi latihan industri pelajar (practical)
Ya, LPSVN menerima pelajar bagi latihan industri, walaubagaimanapun tempat adalah terhad. Permohonan boleh dibuat melalui Fakulti atau Universiti dan dialamatkan kepada Ketua Pengarah LPSVN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut: Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program diploma dan ijazah sarjana muda dari IPTA dan IPTS yang diiktiraf. Pengambilan pelajar berdasarkan jurusan yang diikuti pelajar yang merangkumi. a. Pembangunan Seni b. Pengurusan Konservasi, c. Pengurusan Seni, d. Senireka Grafik e. Pemasaran dan perhubungan awam. * LPSVN tidak menyediakan sebarang bayaran / elaun, kemudahan pengangkutan dan kediaman kepada pelajar- pelajar latihan industri.
Permohonan Jawatan Kosong
Perjawatan di LPSVN akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia sekiranya terdapat kekosongan di Agensi. Jawatan yang ditawarkan merangkumi, sambilan, kontrak dan tetap. Iklan bagi jawatan kosong akan disiarkan melalui akhbar-akhbar perdana Malaysia dan juga melalui website LPSVN www.artgallery.gov.my
Bilakah Balai Seni Negara ditubuhkan?
Balai Seni Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Adakah Balai Seni Negara masih dibuka pada hari cuti umum?
Balai Seni Negara dibuka setiap hari, 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Hanya ditutup pada hari pertama dan kedua Raya Aidilfitri dan hari pertama Raya Aidiladha. Pada bulan Ramadan, galeri dibuka dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Perlukah saya membuat tempahan secara dalam talian atau boleh datang secara walk-in?
Kemasukan ke Balai Seni Negara adalah percuma. Para pelawat boleh datang secara walk-in dan mendaftar di kaunter yang terletak di pintu masuk hadapan Balai Seni Negara.
Adakah Balai Seni Negara menyediakan kerusi roda untuk warga emas atau orang yang memerlukan?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan kerusi roda untuk warga emas dan yang memerlukan. Anda boleh memohon penggunaan kerusi roda semasa mendaftar di pintu masuk Balai Seni Negara.
Adakah Balai Seni Negara menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu kepada orang awam?
Lawatan berpandu tersedia pada setiap hari Selasa dan Khamis. Lawatan sesi pagi boleh bermula dari 9.30 pagi dan sesi petang pada 2.30 petang. Bilangan minima pelawat untuk lawatan berpandu adalah seramai 20 orang dan bilangan maksimum adalah seramai 100 orang pada satu sesi. Anda boleh memohon lawatan berpandu dengan membuat tempahan dua minggu sebelum tarikh lawatan melalui surat rasmi dan e-melkan kepada hafiz@artgallery.gov.my atau umisyafiqah@artgallery.gov.my