Merry Christmas & Happy New Year 2019

Art Market Malaysia

Assalam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Art Market Malaysia akan diadakan dari 27 Ogos 2016 hingga 31 Ogos 2016 bertempat di Balai Seni Visual Negara bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Art Market Malaysia merupakan acara tahunan yang diwujudkan untuk membantu golongan kurang upaya dengan memberi mereka ruang untuk berniaga tanpa mengenakan bayaran. Art Market Malaysia merupakan platform seni yang terbesar membawa seni Malaysia kearah yang lebih baik terutamanya untuk karyawan amatur dan mempunyai misi membawanya ke seluruh dunia.

Sebanyak 100 lot perniagaan akan dibuka dimana 70% terdiri dari karyawan seni pelbagai genre dan 30% terdiri dari pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, fesyen dan lain lain. Sasaran pengunjung adalah dari remaja berumur 20 tahun sehingga dewasa berusia 55 tahun. Jumlah pengunjung disasarkan sebanyak 500 orang sehari tidak termasuk vendor seramai 200 orang.

Festival Seramik Antarabangsa Ke-7

LPSVN sedang mengadakan Pameran Festival Seramik Antarabangsa Ke-7: SELSIUS bemula dari 2 Ogos 2016 sehingga 30 September 2016. Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian pameran akan diadakan pada 2 Ogos 2016 dan dirasmikan oleh YBr. Encik AK Yeap, Pengarah Urusan Claytan Group. Dijemput semua hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis Perasmian Rameran Ruzaika

Majlis-Perasmian-Ruzaika

Ungkapan Alternatif

Pameran Ungkapan Alternatif

Pameran Ungkapan Alternatif

Pameran berkumpulan yang bertajuk “Ungkapan Alternatif” ini adalah satu presentasi karya-karya oleh 6 orang graduan baru yang dilahirkan pada era 90-an dari dua buah institusi seni tempatan iaitu Malaysian Institute of Art (MIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Mereka adalah Ahmad Afiq Ahmad Faris, Huan Jia Jin, Khairul Ehsani Sapari, Lam Shun Hui, Mohamad Ezwa Hasin dan Yau Sir Meng. Pameran ini menekankan penggunaan media baru dan objek jumpaan / readymade object. Keutamaannya ada proses penghasilan sesebuah karya seni serta hubungan interaksi ditumpukan oleh audienterhadap ungkapan alternatif berbanding objek tunggal. Karya-karya akan diungkapkan dalam pelbagai bentuk seperti video, arca, instalasi, arca kinetik dan campuran.

Artis-artis yang dikenal sebagai kumpulan terakhir “Generasi Y” mempamerkan kecenderungan mempraktik kesan dari perkembangan pesat teknologi seperti alat-alat elektronik dan jaringan lebar internet, maka wujudnya minat untuk meneroka kemungkinan estetik dan implikasi budaya teknologi baru dalam penghasilan karya mereka. Media atau medium yang dipilih untuk mengutarakan seni telah dipengaruhi oleh tabiat mereka yang sering terdedah kepada media sosial yang senang mendapat maklumat tentang aliran seni sezaman di luar negara.

Seniman pada zaman ini memiliki keinginan dan kecenderungan untuk bereksperimen dengan penggunaan dan explorasi  pelbagai media baru dan ini telah menjadi satu praktik “non-conventional method” namun sesetengah idealisme atau konteks

karya mungkin tidak jauh berbeza dengan apa yang telah dipersembahkan oleh seniman yang sebelumnya. Cabaran bagi artis pada zaman ini adalah bagaimana artis mampu menghasilkan karya berdasarkan persekitaran contohnya ruang yang disediakan oleh galeri dan bentuk seni (Art form) baru ini dapat menarik perhatian khalayak ramai yang lebih luas selain orang dalam bidang seni.

Ungkapan Alternatif” merupakan satu komunikasi alternatif dari perspektif yang berbeza oleh graduan baru yang baru menjejak kaki ke dalam dunia seni