Balai Seni Negara mempersembahkan Program Merdeka Suka Cipta 2025, sebuah inisiatif kreatif yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Melalui pelbagai aktiviti seni, pertandingan dan bengkel interaktif, program ini memberi peluang kepada masyarakat, khususnya pelajar dan komuniti, untuk mengekspresikan rasa cinta terhadap negara melalui seni visual, ciptaan inovatif, teknologi ringkas, bahan kitar semula serta media digital.
Penganjuran Program Merdeka Suka Cipta 2025 selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan nilai kreativiti, keterangkuman, dan kesejahteraan komuniti. Program ini juga merupakan platform merentas generasi bagi menggalakkan integrasi sosial melalui penghayatan seni dan budaya tempatan.
Tarikh:
12 – 14 September 2025 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa:
Jumaat : 3.00 petang – 11.00 malam
Sabtu : 8.00 pagi – 11.00 malam
Ahad : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat:
Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
Objektif Program
- Menyemarakkan sifat perpaduan dan penyertaan ‘multiracial’ yang berdaya cipta dan kreatif.
- Memberi ruang kepada masyarakat untuk berkumpul, berinteraksi, dan saling mengenali budaya masing-masing.
- Menyokong kesejahteraan mental melalui aktiviti seni dan inovasi yang positif dengan menyediakan ruang ekspresi diri yang sihat, sekaligus membantu mengurangkan tekanan emosi dan kebimbangan dalam kalangan peserta.
- Mewujudkan persekitaran yang positif dan inklusif dalam komuniti dengan menyemai nilai empati, saling menghormati, dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta daripada pelbagai latar belakang, sekali gus membina suasana yang kondusif untuk kesejahteraan emosi dan sosial yang menyeluruh.
Aktiviti Utama
- Pertandingan Seni Lukis Kanak-kanak – https://forms.gle/dmww5aF61YrQvzjy9
- Pertandingan Reka Cipta Arca dan Instalasi – https://forms.gle/YiALyZgnEpW3AEf19
- Pertandingan Seni Lukis Figuratif – https://forms.gle/i9fKe35ZS3NDBQco8
- Pertandingan Reka Kostum Inspirasi Koleksi Balai Seni Negara – https://forms.gle/DptsvCvcN5rcSyRE7
Aktiviti Selingan
- Pertandingan Kreatif Komuniti
Wall of Battle, Art Pacak, Skateboard & Fingerboard - Aktiviti Kesihatan & Komuniti
Pound Workout, Zumba, borak santai, kuiz & cabutan bertuah, bengkel animasi, doodle demo, klinik skate & banyak lagi. - Aktiviti Kanak-Kanak
Trampoline, sand art, giant bubble, bouncy land, wall climbing & My Train! - Tayangan Animasi Tempatan
Menampilkan karya animasi tempatan yang mengangkat nilai budaya dan kenegaraan. - Pasar Seni
Jualan produk seni, kraftangan, barangan preloved & vintage dari komuniti kreatif tempatan. - Persembahan Pentas
Persembahan akustik, bacaan puisi dan persembahan budaya oleh artis jemputan. - Bengkel Seni
Aktiviti seni interaktif dan santai – sesuai untuk seisi keluarga. - Jualan Produk Seni
Ruangan khas untuk menyokong dan membeli produk hasil karya tempatan.
Jom sertai Merdeka Suka Cipta 2025 di Balai Seni Negara!
Raikan semangat kemerdekaan dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan bersama keluarga dan komuniti. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!