Pameran Ungkapan Alternatif
Pameran berkumpulan yang bertajuk “Ungkapan Alternatif” ini adalah satu presentasi karya-karya oleh 6 orang graduan baru yang dilahirkan pada era 90-an dari dua buah institusi seni tempatan iaitu Malaysian Institute of Art (MIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Mereka adalah Ahmad Afiq Ahmad Faris, Huan Jia Jin, Khairul Ehsani Sapari, Lam Shun Hui, Mohamad Ezwa Hasin dan Yau Sir Meng. Pameran ini menekankan penggunaan media baru dan objek jumpaan / readymade object. Keutamaannya ada proses penghasilan sesebuah karya seni serta hubungan interaksi ditumpukan oleh audienterhadap ungkapan alternatif berbanding objek tunggal. Karya-karya akan diungkapkan dalam pelbagai bentuk seperti video, arca, instalasi, arca kinetik dan campuran.
Artis-artis yang dikenal sebagai kumpulan terakhir “Generasi Y” mempamerkan kecenderungan mempraktik kesan dari perkembangan pesat teknologi seperti alat-alat elektronik dan jaringan lebar internet, maka wujudnya minat untuk meneroka kemungkinan estetik dan implikasi budaya teknologi baru dalam penghasilan karya mereka. Media atau medium yang dipilih untuk mengutarakan seni telah dipengaruhi oleh tabiat mereka yang sering terdedah kepada media sosial yang senang mendapat maklumat tentang aliran seni sezaman di luar negara.
Seniman pada zaman ini memiliki keinginan dan kecenderungan untuk bereksperimen dengan penggunaan dan explorasi pelbagai media baru dan ini telah menjadi satu praktik “non-conventional method” namun sesetengah idealisme atau konteks
karya mungkin tidak jauh berbeza dengan apa yang telah dipersembahkan oleh seniman yang sebelumnya. Cabaran bagi artis pada zaman ini adalah bagaimana artis mampu menghasilkan karya berdasarkan persekitaran contohnya ruang yang disediakan oleh galeri dan bentuk seni (Art form) baru ini dapat menarik perhatian khalayak ramai yang lebih luas selain orang dalam bidang seni.
“Ungkapan Alternatif” merupakan satu komunikasi alternatif dari perspektif yang berbeza oleh graduan baru yang baru menjejak kaki ke dalam dunia seni
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!