Apakah objektif utama Balai Seni Visual Negara?

Objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.

Misi BSVN

Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.

Visi BSVN

Balai Seni Visual Negara sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara.

Adakah BSVN menyediakan tempat bagi latihan industri pelajar (practical)

Ya, BSVN menerima pelajar bagi latihan industri, walaubagaimanapun tempat adalah terhad. Permohonan boleh dibuat melalui Fakulti atau Universiti dan dialamatkan kepada Ketua Pengarah BSVN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut: Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program diploma dan ijazah sarjana muda dari IPTA dan IPTS yang diiktiraf. Pengambilan pelajar berdasarkan jurusan yang diikuti pelajar yang merangkumi. a. Pembangunan Seni b. Pengurusan Konservasi, c. Pengurusan Seni, d. Senireka Grafik e. Pemasaran dan perhubungan awam. * BSVN tidak menyediakan sebarang bayaran / elaun, kemudahan pengangkutan dan kediaman kepada pelajar- pelajar latihan industri.

Permohonan jawatan kosong

Perjawatan di BSVN akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia sekiranya terdapat kekosongan di Agensi. Jawatan yang ditawarkan merangkumi, sambilan, kontrak dan tetap. Iklan bagi jawatan kosong akan disiarkan melalui akhbar-akhbar perdana Malaysia dan juga melalui website BSVN www.artgallery.gov.my

Bagaimana untuk menjadi penaja atau peyumbang kepada dana BSVN dan apakah faedah-faedah yang akan kami terima?

Kepada badan-badan korporat atau swasta mahupun perseorangan, boleh memberi bantuan kewangan sebagai penaja atau peyumbang kepada BSVN dengan menghubungi Caw. Sumbangan dan Tajaan untuk penyelarasan. Kepada semua yang telah memberi bantuan kewangan kepada BSVN, BSVN akan mengeluarkan resit pengecualian cukai ke atas jumlah yang telah diberi. Dan para penyumbang dan penaja akan mendapat pelepasan cukai sebanyak 100% ke atas jumlah yang telah disumbangkan atau ditaja.

Apakah fungsi Bahagian Perhubungan Korporat BSVN?

Bahagian Perhubungan Korporat BSVN mempunyai 3 cawangan yang akan membawa fungsi masing-masing seperti : Cawangan Perhubungan Awam : cawangan ini akan memastikan segala aktiviti dan program samada di dalam mahupun di luar BSVN akan mendapat liputan dan akan di hebahkan kepada orang awam. Cawangan Promosi dan Pemasaran : cawangan ini akan mempromosi dan memperkenalkan BSVN kepada orang awam baik di dalam mahupun di luar Negara. Cawangan Sumbangan dan Tajaan : cawangan ini akan mencari penyumbang atau penaja dari badan-badan korporat dan swasta bagi menambah dana BSVN bagi tujuan menaikkan pameran dan aktiviti-aktiviti berkaitan seni.

Bilakah Balai Seni Visual Negara ditubuhkan?

Balai Seni Visual Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.