Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi dan Mentauliah Keperluan Kajian Lapangan Kit Untuk LPSVN

IKLAN SH-41-2021 PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR MEMASANG, MENGKONFIGURASI DAN MENTAULIAH KEPERLUAN KAJIAN LAPANGAN KIT UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Perkhidmatan Mencetak dan Membekal Diari & Box Diari 2022 Balai Seni Negara untuk LPSVN

IKLAN SH-40-2021 PERKHIDMATAN MENCETAK DAN MEMBEKAL DIARI & BOX DIARI 2022 BALAI SENI NEGARA UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Perkhidmatan Membangun, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi dan Mentauliah Kandungan Digital Untuk LPSVN

IKLAN SH-39-2021 PERKHIDMATAN MEMBANGUN, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI DAN MENTAULIAH KANDUNGAN DIGITAL UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Perkhidmatan Kerja-kerja Ubahsuai Ruang Dalam Galeri Bagi Pameran Himpunan Tetap Di Bangunan Galeri LPSVN

IKLAN SH-38-2021 KERJA-KERJA UBAHSUAI RUANG DALAM GALERI BAGI PAMERAN HIMPUNAN TETAP DI BANGUNAN GALERI LPSVN

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Perkhidmatan Penyediaan Dokumentasi Karya-Karya Pameran di Seluruh Malaysia

IKLAN SH-37-2021 Perkhidmatan Penyediaan Dokumentasi Karya-Karya Pameran di Seluruh Malaysia

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Bengkel Bitara Seni

Pertandingan Fotografi Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021

       

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 35 tahun sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021 yang bertemakan ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’. Imej yang dipertandingan mestilah berkaitan aktiviti/ amalan kepercayaan/ kaum/ etnik/ perayaan/ cara hidup/ makanan/ tradisi/ pakaian serta apa sahaja rakaman yang relevan dengan aktiviti seni dan budaya di negara ini.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan seni serta budaya Malaysia. Sekaligus menjadi wadah dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian untuk generasi muda.

• Pertandingan ini dibuka dari 13 – 30 November 2021.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2021.
• Pertandingan ini akan diadakan sepenuhnya melalui medium laman sesawang www.artgallery.gov.my dan media sosial rasmi Balai Seni Negara.

B. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan fotografi bertemakan ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’ sempena Minggu Budaya Malaysia 2021.
  2. Para peserta boleh menyertai pertandingan dengan melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau media sosial rasmi Balai Seni Negara (Facebook & Instagram) dengan mengisi borang penyertaan dalam talian serta memuat naik karya seni di pautan berikut :https://artgallery.antara.cc/app/form?id=ZarNKg
  3. Penyertaan adalah PERCUMA.
  4. Penyertaan adalah secara individu sahaja.
  5. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 35 tahun.
  6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) hasil foto sebagai penyertaan dan semua hasil foto adalah asli, idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya hasil foto tidak asli dan penyertaan akan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan fotografi yang lain.
  7. Hasil foto hendaklah berdasarkan tema sempena Minggu Budaya Malaysia 2021 iaitu ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’ di samping menerapkan imej yang berkaitan aktiviti/ amalan kepercayaan/ kaum/ etnik/ perayaan/ cara hidup/ makanan/ tradisi/ pakaian serta apa sahaja rakaman yang relevan dengan aktivi seni dan budaya di negara ini tanpa menyentuh isu politik dan sensitiviti perkauman.
  8. Untuk penghantaran hasil foto, peserta perlu menghantar dalam format fail JPEG beresolusi (300dpi dan saiz hasil foto tidak melebihi 10 MB). Hasil foto perlu dimuat naik dalam borang penyertaan secara dalam talian yang disediakan dan dihantar bersama borang penyertaan.
  9. Setiap penyertaan perlu dilampirkan salinan kad pengenalan.
  10. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur pertandingan secara rasmi melalui panggilan telefon dan keputusan akan diumumkan di media sosial rasmi Balai Seni Negara.
  11. Pemenang perlu menghantar hasil foto yang asli ke :

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(Urus setia Pertandingan Fotografi Keunikan Seni dan Budaya Malaysia 2021)
U.p : Cawangan Jaringan dan Pendidikan)
Tel : 603 4026 7000 / 017-3526555 (Puan Intan Idarina)

  1. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
  2. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.
  3. Balai Seni Negara selaku penganjur pertandingan BERHAK menggunakan hasil foto yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik tanpa perlu kebenaran dan tanpa apa-apa bayaran kepada pemilik.

 

C. HADIAH DAN SIJIL PEMENANG

16 orang pemenang yang terbaik akan menerima wang hadiah dan hamper barangan/produk Balai Seni Negara serta Sijil Pemenang

KATEGORI KAMERA DSLR

HADIAH

Tempat Pertama
RM 1000 & Cenderamata

Tempat Kedua
RM 600 & Cenderamata

Tempat Ketiga
RM 300 & Cenderamata

5 Tempat Saguhati
Rm100 & Cenderamata

 

KATEGORI TELEFON PINTAR/TABLET

HADIAH

Tempat Pertama
RM 1000 & Cenderamata

Tempat Kedua
RM 600 & Cenderamata

Tempat Ketiga
RM 300 & Cenderamata

5 Tempat Saguhati
Rm100 & Cenderamata

 

 

Sebutharga Perkhidmatan Penyenggaraan dan Pembaikan Peralatan Sistem Siar Raya di Bangunan Galeri dan Banguan Pentadbiran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

IKLAN SH-36-Perkhidmatan Penyenggaraan dan Pembaikan Peralatan Sistem Siar Raya di Bangunan Galeri dan Banguan Pentadbiran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Pendaftaran boleh dibuat secara “online FORM NAG”, klik disini.

Jawatan Kosong Balai Seni Negara

Format Iklan Jawatan Kosong LPSVN - 2021

  • Syarat lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 dan cara memohon, klik disini
  • Syarat lantikan Penolong Kurator Gred S29 dan cara memohon, klik disini
  • Syarat lantikan Penolong Juruukur Bahan ( Kontrak – Contract For Service)  dan cara memohon, klik disini
  • Permohonan Jawatan secara atas talian (Online), klik disini

Pertandingan Melukis Kanak-Kanak (Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021)

Info Pertandingan Melukis Kanak-Kanak (Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021)

Borang penyertaan dalam talian (Online), Klik disini.