Young Art Entrepreneurs

MAKLUMAT PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej untuk pelukis muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Program ini juga membolehkan graduan membina empayar perniagaan sendiri dalam suasana yang terancang dengan bantuan secara hands-on.

Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  1. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  1. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  1. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

YAE! menggabungkan dua komponen kursus iaitu modul keusahawanan dan modul residensi studio pelukis.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan berniaga.

Peserta akan ditempatkan di ruang studio Kontena, Balai Seni Negara, selama 6 bulan bagi memastikan bakal usahawan dapat membina karya dan produk berasaskan seni, di samping mendapat tunjuk ajar dan bimbingan yang mencukupi.

SYARAT PENYERTAAN

Pemohon hendaklah arganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun

Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa).

Telah menghasilkan minima 5 karya dalam tempoh 2 tahun.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana program keusahawanan anjuran kerajaan.

Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa.

 

KEPERLUAN PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki menghantar Borang Penyertaan yang sudah lengkap diisi bersama Portfolio dan CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar hendaklah berbentuk ‘Hi-Res’ (300dpi) dalam format PDf atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 7 Jun 2017 ke alamat berikut:

Sekretariat YAE!,

Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur
atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

 

Tarikh-tarikh penting

Permohonan dibuka: 19 April – 30 Jun 2017

Sesi temuduga: Julai 2017

Kemasukan ke studio Kontena: Julai 2017

Tempoh program: Julai 2017 – Disember 2017

PM saksi MoU Pertandingan Seni Negaraku

Perdana Menteri menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman inisiatif Negaraku antara Dr. Khair dengan Dr. Mohamed Najib di Bangunan Perdana Putra hari ini. – UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMAPUTRAJAYA 19 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena program Pertandingan Seni Negaraku di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa.

MoU tersebut menandakan usahasama ulung bagi inisiatif Negaraku melibatkan kementerian dalam menyemai semangat cintakan negara melalui ekspresi seni visual dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

Dalam masa sama, ia bertujuan memupuk penghargaan terhadap karya dan bakat seni pada usia yang muda.

Pertandingan Seni Negaraku merupakan pertandingan seni kebangsaan melibatkan sebanyak 10,176 sekolah serta lima juta pelajar seluruh negara yang mana, hasil karya mereka yang terpilih akan dipamerkan di Balai Seni Negara.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. – UTUSAN ONLINE

Pameran Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan

9 Mei 2017 sehingga 2 Julai 2017

Zulkifli Dahlan bukanlah nama asing dalam landskap seni tempatan dan namanya tercatat dalam pensejarahan seni moden Malaysia. Beliau juga merupakan pelukis pertama yang memenangi pertandingan Bakat Muda Sezaman yang dianjurkan oleh LPSVN pada tahun 1974. Matlamat utama penganjuran pameran ini adalah untuk mengetengahkan karya-karya seni Zulkifli Dahlan dan juga mendedahkan beberapa dimensi penting dalam perkembangan seni untuk tatapan umum kebanyakannya lakaran dan kajian, merangkumi pemikiran dan idea seorang artis dianggap berwawasan dan maju pada zamannya.Malah pameran ini merupakan koleksi seni  yang amat ternilai dan berharga bukan sahaja memandangkan penerokaan formalistik dan tematik oleh artis tetapi yang paling penting, kerana kesan dan pengaruh kepada pembangunan seni tempatan sejak tahun 1970-an dan pelukis merupakan salah seorang daripada perintis seni moden di negara ini serta salah seorang ahli kumpulan Anak Alam, dimana amat terkenal dengan lukisan gaya naif beliau.

Majlis Perasmian Work After Work III

Jemputan-Online

N.A.G With Media

Jemputan-Online NAG with Media

Majlis Perasmian 1MCAT 2016

Perasmian 1MCAT2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) akan mengadakan Pameran 1Malaysia Community Art Tourism (1MCAT) 2016 di Galeri REKA dari 26 September sehingga 31 Disember 2016. Pameran ini mempamerkan 100 buah karya yang telah dirakam dan divisualkan oleh para seniman tanah air yang memaparkan beberapa destinasi, lokasi berpotensi untuk pelancongan baru yang memiliki tarikan tersendiri di negeri masing-masing. Semua lokasi, produk seni budaya dan warisan ini dipetakan sebagai sebuah direktori pelancongan untuk kegunaan pelancong domestik dan amtarabangsa. Pada masa yang sama juga kita telah mengangkat kerja kreatif para pelukis tanah air dan memperlihatkan peranan serta sumbangan mereka terhadap industri pelancongan Negara.

Bersempena dengan Pameran (1MCAT) 2016 juga, LPSVN turut mengadakan program sampingan iaitu 1MCAT Art Bazaar pada 26 November dan 27 November 2016.

Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian akan diadakan dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 26 November 2016 (Sabtu), 11.00 pagi, Aras 1, Bangunan Galeri Balai Seni Visual Negara

1 MCAT 2016 Art Bazaar

FINAL Poster art bazaar

Plan Art Bazaar 2016