Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman ini. Alhamdullillah kita bersyukur ke hadrat Allah kerana Balai Seni Negara (BSN) berjaya menghasilkan sebuah laman web yang memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelayarnya. Laman web BSN ini memuatkan maklumat-maklumat mengenai Balai Seni Negara dan juga seni tampak negara. Ianya direka supaya lebih mesra pengguna. Ia boleh dilayar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English. Para pelayar boleh memperolehi maklumat-maklumat mengenai seni tampak tanah air dan boleh berinteraksi secara dua hala. Para pengunjung boleh juga memberi maklumat, membuat tempahan atau permohonan secara online, mendaftar sebagai rakan galeri, memberi komen dan teguran dan lain lain lagi. Ini sejajar dengan matlamat kerajaan yang mementingkan perkhidmatan terbaik kapada rakyat dan pelawat ke Malaysia.
BSN akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu paparan di laman ini. Para pelayar sentiasa dialu-alukan dan sokongan pada seni tampak negara amat dihargai.
Terima Kasih.
Amerrudin Bin Ahmad
Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara