KUALA LUMPUR – Persatuan Seni Rupa Malaysia “PERUPA” dengan kerjasama Balai Seni Negara “NAG” membawakan kepada khalayak Pameran Terbuka PERUPA bertajuk BONDA. Pameran Terbuka PERUPA merupakan acara tahunan bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara ahlinya.
“BONDA” sebuah perkataan klasik, meninggalkan rasa yang mendalam kepada manusia bermaksud ibu. Merujuk kepada “Ibu” sinonim dengan wanita, dimana pameran ini dirancang sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2018. Namun begitu, didalam pameran ini pengertiannya diluaskan dimana ianya bukan hanya merujuk peranan wanita sebagai ibu tetapi ianya juga berkaitan dengan kasih sayang sesama insan, patriotisme dan rasa hormat.
Pameran ini mengandungi 50 buah karya yang terdiri dari pelbagai medium, Seni Catan, Fotografi, Seni Digital, Instalasi dan Arca. Ianya dikurasikan Prof. Siti Zainon Ismail didada dinding Galeri Creative Space, Balai Seni Negara, dipamerkan mulai 9 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018.
Pameran juga turut dimeriahkan dengan program-program sokongan sepanjang tempoh pameran seperti, Demostrasi Warna Air, Demostrasi Karya Bitumen, Bengkel Potret, Demostrasi Lakaran secara Langsung, Demostrasi Seni Doodle, Jualan Buku Indie, Jualan Buku Mewarna Dewasa dan Bicara Seni. Majlis Perasmian telah diadakan pada 15 Mac 2018 dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Shamsuddin Abdul Wahab, Pengarah Urusan Veritas Interiors Sdn. Bhd..Orang ramai adalah dijemput hadir.
Siaran Media Perasmian “Rub’A Paint”
in Arkib Siaran mediaSiaran Media Perasmian “Rub’A Paint”
Siaran Media Perasmian Pameran The Power Of Tradition “BELT AND ROAD”
in Arkib Siaran mediaSiaran Media Perasmian Pameran The Power Of Tradition “BELT AND ROAD”
Siaran Media Perasmian CHEEV, The Unconventional Sculptor
in Arkib Siaran mediaSiaran Media Perasmian CHEEV, The Unconventional Sculptor
AICAD 2018 – AICAD | Langkawi 2018
in Arkib Pengumumanhttp://aicad.asia/langkawi2018
Siaran Media Pameran Natee Utarit
in Arkib Siaran mediaSiaran Media Pameran Natee Utarit
International Innovative & Creative Evolution Competition 2018
in Arkib PengumumanInternational Innovative & Creative Evolution Competition 2018 | 4th – 9th Sept 2018
Politeknik Ibrahim Sultan Malaysia.
Visit offocial website : https://icreatevo2018.wixsite.com/createvo
For online Registration visit :https://icreatevo2018.wixsite.com/createvo/registration-form
(28th Feb 2018 – 30th April 2018 online Registration)
For Any further information: Contact us at |072612813 | icreatevo2018@gmail.com
Majlis Pelancaran Novel I Love You Stupid!
in Arkib PengumumanSiaran Media Pameran Solo Norhaiza
in Arkib Siaran mediaPress Release Norhaiza
Siaran Media Pameran Terbuka PeRUPA (Bonda)
in Arkib Siaran mediaKUALA LUMPUR – Persatuan Seni Rupa Malaysia “PERUPA” dengan kerjasama Balai Seni Negara “NAG” membawakan kepada khalayak Pameran Terbuka PERUPA bertajuk BONDA. Pameran Terbuka PERUPA merupakan acara tahunan bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara ahlinya.
“BONDA” sebuah perkataan klasik, meninggalkan rasa yang mendalam kepada manusia bermaksud ibu. Merujuk kepada “Ibu” sinonim dengan wanita, dimana pameran ini dirancang sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2018. Namun begitu, didalam pameran ini pengertiannya diluaskan dimana ianya bukan hanya merujuk peranan wanita sebagai ibu tetapi ianya juga berkaitan dengan kasih sayang sesama insan, patriotisme dan rasa hormat.
Pameran ini mengandungi 50 buah karya yang terdiri dari pelbagai medium, Seni Catan, Fotografi, Seni Digital, Instalasi dan Arca. Ianya dikurasikan Prof. Siti Zainon Ismail didada dinding Galeri Creative Space, Balai Seni Negara, dipamerkan mulai 9 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018.
Pameran juga turut dimeriahkan dengan program-program sokongan sepanjang tempoh pameran seperti, Demostrasi Warna Air, Demostrasi Karya Bitumen, Bengkel Potret, Demostrasi Lakaran secara Langsung, Demostrasi Seni Doodle, Jualan Buku Indie, Jualan Buku Mewarna Dewasa dan Bicara Seni. Majlis Perasmian telah diadakan pada 15 Mac 2018 dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Shamsuddin Abdul Wahab, Pengarah Urusan Veritas Interiors Sdn. Bhd..Orang ramai adalah dijemput hadir.
Siaran Media Mini Karnival
in Arkib Siaran mediaPress Release-mini Karnival