KUALA LUMPUR, 19 Disember 2016– Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran Charity Art Exhibition 2018/2017 yang dirasmikan oleh  YBrs. Encik Philip Wong, Ahli Lembaga, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara pada 19hb Disember 2016 (Isnin) jam 3.00 petang di Creative Space Artiseri@BSVN Seri Pacific Hotel.

Pameran Charity Art Exhibition 2018/2017 adalah sebuah pameran yang memaparkan 50 buah karya yang terbahagi kepada 2 seksyen iaitu karya-karya dari winning entries from the Hotel Merdeka Colouring Contest  anjuran Seri Pacific Hotel yang telah dihasilkan semula oleh Encik Zahuri Harun yang merupakan seorang pelukis yang banyak menghasilkan karya-karya landskap pendalaman. Manakala seksyen kedua pula memaparkan karya-karya yang dihasilkan oleh anak-anak yatim yang terlibat di dalam Pameran Peluang Potensi menerusi Program Teach for the Needs (TFTN) terdahulu di Creative Space LPSVN menerusi penglibatan 115 orang anak yatim yang merupakan harapan dan impian mereka melalui subjek yang dekat dengan jiwa kanak-kanak seperti Rumah Impian Saya, Cita-cita Saya, Kerjaya Saya, serta Potret Diri.

Penganujuran pameran ini di ruang Creative Space Artiseri@BSVN, Seri Pacific Hotel adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada para pelukis untuk memperluaskan daya imaginasi mereka serta membuka peluang untuk berkecimpung dalam bidang seni secara lebih konsisten dan proaktif serta memaparkan karya pada pelbagai peringkat masyarakat selaras dengan usaha LPSVN bagi merancakkan bidang art@entrepeneur dikalangan pelukis. Sebarang pembelian akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang terlibat dalam pameran ini. Malah karya-karya yang dipamerkan di ruang Creative Space Artiseri@BSVN, Seri Pacific Hotel mendapat perhatian dari para pengunjung hotel dari dalam dan luar Negara pada setiap masa kerana ruangan tersebut boleh dikunjungi 24 jam sehari. Untuk sebarang pembelian pihak yang berminat boleh terus menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Seri Pacific Hotel di talian (03)-4049 4515/ (03)-4049 4314.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai pada 15hb Disember 2016 sehingga 6 Januari 2017 di Creative Space Artiseri@BSVN Seri Pacific Hotel. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan