Pameran Retro Biennale

Retro Biennale

RETROSPEKTIF BIENNALE 

8 Dis 2016 – 8 Jan 2017

Pameran RETROSPEKTIF BIENNALE (RB) merupakan sebuah kajian semula tentang penglibatan pelukis-pelukis Malaysia dalam pameran Biennale di persada tempatan dan antarabangsa.

Dalam menjangkakan apa mungkin rupabentuk sebuah Biennale bagi Malaysia pada tahun 2017 (KL Biennale 2017), kurator-kurator di BSVN telah meneliti pelbagai acara atau amalan yang dikenali sebagai ‘Biennales’ untuk memahami  hubungan antara institusi itu, pelukis-pelukis Malaysia dan ‘Biennale’ selama ini. Pameran ini bertujuan untuk mempersembahkan sejarah penglibatan pelukis sejak 1966 hingga 2016 dan mengkaji pembikinan karya kontemporari Malaysia dan rangka kerja ketika ingin memahami balas dan kritikan semasa terhadap acara pameran Biennale secara menyeluruh.

Pameran ini  mempamerkan karya-karya tempatan yang pernah dipamerkan terdahulu di beberapa Biennale seperti Biennale de Paris (France), Asia Pacific Triennale (Australia), Fukuoka Asian Art Triennale (Japan), Sydney Biennale (Australia), India Triennale (India), Biennale of Contemporary Paintings of the Islamic World (Iran), Singapore Biennale ( Singapore), Havana Biennial (Cuba), Asian Art Biennale (Bangladesh),  DAK’Art (Africa), Sao Paulo Biennale (Brazil), Osaka Art Triennial  (Japan), Mondiale D’Estampes petit Format  (France), Paris Photo Biennale (France), Florence Biennale (Italy), Venice Art Biennale dan Venice Architecture Biennale (Italy).

Apabila ditinjau kembali, catatan inisiatif dari penyertaan pelukis tempatan telah dilihat dalam beberapa laporan tahunan awal dari Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara (1968, 1969, 1970 dan 1971). Ketika itu, Pengerusi Jawatankuasa Pameran dan Pembelian Seni Lukis Negara, Dato PG LIM telah menyelia standard terbaik seni untuk dipamerkan dalam setiap jemputan Biennale antarabangsa seperti X Sao Paulo Biennale dan Triennale of Contemporary World Art yang pertama di New Delhi, India. Antara pelukis yang pernah dipilih untuk mewakili negara ialah Anthony Lau, Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim, Seah Kim Joo, Ibrahim Hussein, Ismail Zain, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, Ismail Mustam, Grace Selvanayagam, Yeoh Jin Leng, Nik Zainal Abidin and Latiff Mohidin. Pada tahun-tahun yang seterusnya, di dapati bahawa dalam kalangan wakil negara yang terawal yang dipilih untuk menyertai  Biennale cetakan antarabangsa yang terkenal ialah pelukis-pelukis cetakan negara. Nama-nama seperti Lee Joo For, Loo Foh Sang, Ilse Noor, Juhari Said, Long Thien Shih, dan A Rahman Mohamed sudah menjadi sinonim dengan institusi Biennale yang meminati seni cetakan Malaysia.

Sumbangan yang dipamer termasuk lukisan, teks kritikal, surat-menyurat rasmi, temu bual, petikan kata-kata dan penerokaan rajah yang dikongsi oleh pelukis dan kurator seperti Jalaini Abu Hassan, Sharon Chin, Diana Lui,  Ise dan Ray Lagenbach. Imbasan Biennale yang telah diadakan secara tempatan termasuk  KLIP Biennale 1995  yang diusahakan oleh Alex Moh dan dianjurkan oleh BSVN, KL Triennial oleh Ray Lagenbach, Langkawi Art Biennale oleh Liew Kian Yap dari Art Malaysia dan yang baru-baru ini,  Shah Alam Biennale 2016 yang dipelopori oleh Yusof Ghani. Terdapat juga satu bahagian khusus yang mempamerkan penyertaan Malaysia di Venice Architecture Biennale dari tahun 2010 hingga 2014 yang disusun dengan kerjasama PAM, oleh arkitek Ngiom dan Dr. Tan Loke Mun.  RB adalah sebuah  program pra-KL Biennale 2017.

RETROSPEKTIF BIENNIAL

https://youtu.be/DcxbGcBiIGQ
https://youtu.be/sokdWNfz0Xc
https://youtu.be/LryUKeVODQM

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan