Kuala Lumpur Biennale 2017 Anjuran Balai Seni Negara
in Siaran MediaKuala Lumpur, 13 September 2017 –Kuala Lumpur Biennale 2017 yang bakal di pamerkan dan dibuka kepada orang awam pada 1 November 2017 akan mencipta satu sejarah dan membuka platform baru dalam perkembangan seni visual Negara. Untuk pertama kalinya acara berprestij ini berlangsung, Balai Seni Negara sebagai tuan rumah telah dipertanggungjawabkan dengan melantik kumpulan kuratorial yang akan menerajui Kuala Lumpur Biennale kali ini. Di ketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof, seorang ahli akademik dan pengkarya seni visual tempatan yang berpengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa. Bersama-sama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara adalah terdiri daripada Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim. Gabungan kurator muda dan berinspirasi ini diharapkan dapat mengetengahkan tema – BELAS dalam Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini dengan jayanya.
BELAS- Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini meraikan seramai 122 individu dari sepanjang zaman yang terdiri daripada 111 pengkarya Malaysia dan 11 pengkarya antarabangsa. Diantara nama-nama pengkarya seni prolifik dari pelbagai era yang diangkat kali ini adalah Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee,Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo Radjikin, Jalaini Abu Hassan, Shooshie Sulaiman, Noor Azizan Paiman, HH Lim, K Thanggarajoo, Lisa Foo, Abdul Muid Abdul Latif, Saiful Razman, Anniketyni Madian dan ramai lagi. Selain daripada itu juga, BELAS turut mempamerkan dengan memperingati belasungkawa pengkarya tempatan yang pernah menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa yang terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Nirmala Shanmughalingam, O don Peris dan Anthony Lau. Disertakan dalam lampiran A senarai lengkap pengkarya tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam Kuala Lumpur Biennale 2017.Selain daripada menyediakan pameran untuk penggemar seni dan orang awam, Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini juga telah merancang beberapa program sokongan dan pengisian yang disasarkan khusus kepada mereka yang hadir ke acara antarabangsa ini. Untuk rujukan senarai nama program dan aktiviti disertakan di lampiran B.
Majlis perasmian Kuala Lumpur Biennale 2017 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Balai Seni Negara pada 18 November 2017 jam 3.00 petang. Kuala Lumpur Biennale 2017 dibuka kepada orang ramai dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018. Masuk adalah percuma.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
S&L Integrated Public Relations Sdn Bhd
Leon Tang Wantha Anatasya
Operations Officer Senior Brand Executive
T: +6016 448 2488 T: +6018 296 8119
E: leontang@slpr.com.my E: wantha@slpr.com.my
Intan Rafiza Abu Bakar Hafiz Osman
Balai Seni Negara Balai Seni Negara
T: +603 4026 7000 T: +6012 6927502
E: oklb@artgallery.gov.my E: hafiz.artgallery@gmail.com
Tentang Balai Seni Negara Malaysia
Balai Seni Negara ditubuhkan pada 1958 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al –Haj. Balai Seni Negara merupakan galeri seni yang terawal dan terkemuka dirantau Asia Tenggara. Balai Seni Negara mengandungi koleksi terawal tentang seni moden Asia Tenggara dan telah menganjurkan lebih daripada 20 pameran yang menampilkan artis antarabangsa dan tempatan.
Siaran Media Merdeka : Pameran Unity & Diversity
in Siaran MediaKUALA LUMPUR – National Art Gallery (NAG), brings you Merdeka: Unity & Diversity Exhibition, displaying 60 artworks by 22 local artists, centered on the accumulation of Malaysians ‘experiences and nostalgic of the past as well as artists’ new findings of the present ranging from representational, expressionism, folk art with figurative as a subject matter presented in the show. The exhibition is also to express the meaning of Merdeka through inspired artworks by artists from different age, gender, race and backgrounds. The exhibition will also been showcased in Johor Bahru where it will be exhibited at Warisan Johor Foundation, followed by exhibition at KOMTAR, Penang and SACC Mall Shah Alam in order to share with everyone the spirit of independence, unity and diversity.
The exhibition is a collaboration between NAG together with Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd – Asian asset based Logistics Company and this exhibition is part of their Corporate Social Responsibility Project to help local artists concurrently celebrate the nation by promoting unity and diversity via art.
The inauguration will be held on 8th August 2017 at 2.30pm and will be officiated by
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Minister of Tourism and Culture Malaysia at Creative Space 3, National Art Gallery.
The exhibition on view from 5th August 2017 until 31st August 2017 at Creative Space 3, National Art Gallery. Admission is free.
Siaran Media Young Art Entrepreneurs (YAE!) di Balai Seni Negara
in Siaran MediaKUALA LUMPUR, 25 Julai 2017– Young Art Entrepreneurs (YAE!) merupakan sebuah program baru anjuran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) yang diperkenalkan bagi menyediakan platform kepada pelukis muda untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan mereka usahawan seni yang berdaya saing di dalam industri seni kreatif Negara.
Antara objektif utama program YAE! adalah untuk melatih pelukis muda dalam bidang seni dengan kemahiran keusahawanan, memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands-on oleh Konsultan Keusahawanan, Pelukis Jemputan, dan Kurator Jemputan. Terdapat juga penglibatan dari Kolektor Seni dan Pemilik Galeri, yang akan memberi pendedahan kepada mereka mengenai industri seni bagi meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan karya yang menarik yang mampu memenuhi kehendak pasaran dan membina perniagaan seni secara tersusun.
Melalui program ini, seramai 7 orang pelukis muda telah dipilih iaitu Jessica Kuok Beng Lin, Foong Yeng Yeng, Abdul Mohsin Aminuddin, The Nadirah Hamdan, Ahmad Fikril Haniff Shahruddin dan Muhammad Farhan Shah Mohd Zaini, yang akan ditempatkan di Art Depot atau kontena yang berada di Balai Seni Negara sepanjang program ini berlangsung dengan menghasilkan karya catan, cetakan dan arca. Program keusahawanan ini mengguna pakai konsep art incubator dan mengambil peluang economy of scale melalui amalan perkongsian sumber seperti kemudahan, teknologi, peralatan, dan kejurulatihan.
Kemuncak kepada program ini adalah sebuah pameran seni yang akan diadakan pada bulan Januari 2018 di Creative Space di Balai Seni Negara. Justeru itu,para pelawat boleh berkunjung ke Art Depot Balai Seni Negara untuk melihat dengan lebih dekat lagi proses penghasilan karya oleh para pelukis muda ini melalui YAE! dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.