Kuala Lumpur, 13 September 2017 –Kuala Lumpur Biennale 2017 yang bakal di pamerkan dan dibuka kepada orang awam pada 1 November 2017 akan mencipta satu sejarah dan membuka platform baru dalam perkembangan seni visual Negara. Untuk pertama kalinya acara berprestij ini berlangsung, Balai Seni Negara sebagai tuan rumah telah dipertanggungjawabkan dengan melantik kumpulan kuratorial yang akan menerajui Kuala Lumpur Biennale kali ini. Di ketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof, seorang ahli akademik dan pengkarya seni visual tempatan yang berpengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa. Bersama-sama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara adalah terdiri daripada Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim. Gabungan kurator muda dan berinspirasi ini diharapkan dapat mengetengahkan tema – BELAS dalam  Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini dengan jayanya.

BELAS- Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini meraikan seramai 122 individu dari sepanjang zaman yang terdiri daripada 111 pengkarya Malaysia dan 11 pengkarya antarabangsa. Diantara  nama-nama pengkarya seni prolifik dari pelbagai era  yang diangkat kali ini adalah Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee,Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo Radjikin, Jalaini Abu Hassan, Shooshie Sulaiman, Noor Azizan Paiman, HH Lim, K Thanggarajoo, Lisa Foo, Abdul Muid Abdul Latif, Saiful Razman, Anniketyni Madian dan ramai lagi. Selain daripada itu juga, BELAS turut mempamerkan dengan memperingati belasungkawa pengkarya tempatan yang pernah menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa yang terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Nirmala Shanmughalingam, O don Peris dan Anthony Lau. Disertakan dalam lampiran A senarai lengkap pengkarya tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam Kuala Lumpur Biennale 2017.Selain daripada menyediakan pameran untuk penggemar seni dan orang awam, Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini juga telah merancang beberapa program sokongan dan pengisian yang disasarkan khusus kepada mereka yang hadir ke acara antarabangsa ini. Untuk rujukan senarai nama program dan aktiviti disertakan di lampiran B.

Majlis perasmian Kuala Lumpur Biennale 2017 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Balai Seni Negara pada 18 November 2017 jam 3.00 petang. Kuala Lumpur Biennale 2017 dibuka kepada orang ramai dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018. Masuk adalah percuma.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

S&L Integrated Public Relations Sdn Bhd
Leon Tang                                                     Wantha Anatasya
Operations Officer                                       Senior Brand Executive
T: +6016 448 2488                                        T: +6018 296 8119
E: leontang@slpr.com.my                           E: wantha@slpr.com.my

 

Intan Rafiza Abu Bakar                                   Hafiz Osman
Balai Seni Negara                                              Balai Seni Negara
T: +603 4026 7000                                             T: +6012 6927502
E: oklb@artgallery.gov.my                               E: hafiz.artgallery@gmail.com

 

Tentang Balai Seni Negara Malaysia

Balai Seni Negara ditubuhkan pada 1958 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al –Haj. Balai Seni Negara merupakan galeri seni yang terawal dan terkemuka dirantau Asia Tenggara. Balai Seni Negara mengandungi koleksi terawal tentang seni moden Asia Tenggara dan telah menganjurkan lebih daripada 20 pameran yang menampilkan artis antarabangsa dan tempatan.