Pameran Escape From The Sea

Jemputan-Majlis-Perasmian

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara (BSN) menganjurkan PAMERAN ESCAPE FROM THE SEA yang merupakan sebuah kolaborasi diantara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) bersama Japan Foundation serta Art Printing Works Sdn Bhd. Pameran ini berkisar tentang subjek identiti, kepunyaan, sejarah persempadanan dan politik sosial.

Pameran ini juga merupakan kesinambungan dari program pembangunan kuratorial 2017 anjuran Japan Foundation iaitu Condition Report yang terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama merupakan kolaborasi dari empat tempat utama iaitu di Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok. Bahagian kedua memaparkan 14 pameran yang dikuratorkan oleh peserta kuratorial yang disenarai pendek dari program tersebut.

Pameran ini memaparkan laut sebagai sebuah bentuk fizikal dan metafora yang mendefinisikan sebagai sebuah sempadan maritim dan geopolitik serta menggambarkan keadaan laut yang tiada sempadan.  Tajuk pameran juga menyatakan tentang lari dari sesuatu yang berbentuk politik dan puitis. Dimana pensempadanan diantara kediaman dan jiran, diri sendiri dan orang lain, sejarah dan kontemporari, fakta dan rekaan, realiti dan bayangan dalam sebuah pelarian yang tiada kepastian.

Escape from the SEA memaparkan karya dari mereka yang mempunyai kepelbagaian konteks, praktis dan penggunaan media, filem, video, instalasi, persembahan, projek penyelidikan. Sebahagian karya memberi respond secara terus terhadap isu sempadan: diantara tanah dan air, ada yang cuba ke arah sempadan peribadi, mengisahkan tentang kehidupan sendiri dan persoalan awam serta kemungkinan dalam pensempadanan apa yang kita tahu tentang sejarah, masa dan ruang.

Pameran Escape from the SEA yang dikuratorkan oleh  Hattori Hiroyuki dan Yap Sau Bin, dengan kerjasama dari Sarmiento (Philippines), Kurnia Yunita Rahayu (Indonesia), Souliya Phoumivong (Laos) dan Goh Sze Ying (Malaysia). Pameran dibuka dari 24 Februari 2017 sehingga 23 April 2017. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya- karya yang dipertandingkan yang dibuka kepada orang ramai di Galeri Reka. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Bengkel Solekan Lakaran

Solekan

Siaran Media Bakat Muda Sezaman 2016

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara (BSN) menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Dan Pameran Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS’16)  yang merupakan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk melahirkan pelapis muda yang berpotensi dalam seni kontemporari di Malaysia di bawah usia 40 tahun. Pertandingan ini telah diperkenalkan sejak tahun 1974 dan merupakan antara pertandingan berprestij yang memberi penganugerahan kepada pelukis muda dalam membina karier sebagai pengkarya kontemporari. BMS dicetuskan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pameran dan Perolehan BSLN sekitar awal 70-an yang terdiri dari Johan Ariff, Farid Wardi, Redza Piyadasa, Mat Yasser Juli, Joseph Tan, Zuraina Majid, Ismail Zain dan TK Sabapathy. Diilhamkan dari pameran Bakat Muda Sezaman di London sekitar tahun 60-an, para pelopor ini percaya pada pelaburan masa depan dengan mencipta satu pelantar dan ruang untuk para karyawan muda menyerlahkan bakat mereka. Antara nama-nama besar dalam bidang seni yang lahir dari Bakat Muda Sezaman adalah Tan Cheng Kuan, Zulkiffli Yusoff, Ponirin Amin, Zakaria Awang, Fauzan Omar, Jailani Abu Hassan, Hasnol Jamal Saidon, Hanim Khairuddin, Bayu Uotomo Radjikin, Ahmad Shukri Mohamed, Eng Hwee Chu, Kow Leong Kiang, Azizan Rahman Paiman, Susyilawati Sulaiman, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew, Roslisham Ismail a.k.a Ise, Yap Sau Bin, Abdul Muthalib Musa, Azliza Ayob, Fazil Idris, Fuad Ariff, Umi Baizurah Mahir, Chan Kok Hooi dan lain-lain.

Untuk BMS’16 Hadiah Insentif bagi Pemenang Utama pertandingan adalah berjumlah sebanyak RM 25,000.00 dan  bagi Anugerah Juri sebanyak RM 5,000.00 dan akan diberikan kepada 5 orang pemenang yang dipilih. Insentif ini merupakan sokongan kerajaan kepada pengkarya muda bagi mempertingkatkan hasil kerja. Malah ianya turut memberi peluang dalam melahirkan pengkarya muda yang berpotensi. Bakat Muda Sezaman telah menjadi pemangkin atau katalis dan medan persembahan untuk para pengkarya yang layak mendapat pendedahan dan sokongan dalam mencari pengiktirafan. Seramai 62 orang peserta yang menyertai pertandingan BMS’16 pada tahun ini. Seramai 33 orang darinya telah terpilih melepasi penghakiman untuk ke saringan tahap ke-2.Pemenang akan diumumkan dalam Majlis Anugerah yang akan dianjurkan pada 15 Mac 2017 jam 1.00 petang yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pameran BMS’16 telah dibuka dari 6 Februari 2017 sehingga 30 April 2017. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya- karya yang dipertandingkan yang dibuka kepada orang ramai di Galeri 2A, 2B, 3A & 3B. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Siaran Media Majlis Perasmian Pameran Spring Melody

KUALA LUMPUR– Balai Seni Negara sedang mengadakan Pameran Spring Melody yang akan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Choong Kam Kow, pada 11hb Februari 2017 (Sabtu) jam 2.00 petang di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.

 Pameran “Spring Melody” ini merupakan sebuah pameran berkumpulan oleh Persatuan Pelukis Malaysia. Seramai 19 orang pelukis  mempamerkan 43 buah karya dari pelbagai medium seperti cat cair, cat minyak, chinese brush painting dan akrilik mengikut idea dan olahan kreativiti para pelukis. “Spring Melody” memberi makna dan semangat berlapis kepada ahli Persatuan Pelukis Malaysia supaya meneruskan usaha untuk mempergiatkan seni dan matlamat persatuan. Pelukis yang terlibat dalam pameran ini adalah Shirley Chu, Jane Tan, Michael Yee, Eva Chin, Phang Chew, Ong Keng Hong, Tan Sik Yaw, Choh Kok Kheong, Amy Lai Yap Ching Hua, Stanley Goh , Kam Wui Mui, Alice Chang, Kong Yok Chan, Shireen Lee, Lim Anuar, Peter Chuah , Nancy Lua  dan Choh Kiat Siong.

Penganjuran pameran ini di ruang Creative Space adalah untuk mempergiatkan jumlah aktiviti berpameran kepada para penggiat seni malah berperanan mempromosikan bidang seni visual sebagai asset rich kepada pihak entity korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Malah Creative Space juga menuju kearah strategi monetizing culture dalam bidang kreatif industry dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 6hb Februari 2017 sehingga 26 Februari 2017 di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Pameran Spring Melody

SM portal_BSVN

Pameran “Spring Melody” adalah sebuah pameran berkumpulan oleh Persatuan Pelukis Malaysia. Seramai 19 orang pelukis telah mempamerkan 43 buah karya pelbagai medium seperti cat cair, cat minyak, chinese brush painting dan akrilik. “Spring Melody” memberi makna dan semangat berlapis kepada ahli Persatuan Pelukis Malaysia supaya meneruskan usaha untuk mempergiatkan seni dan matlamat persatuan.

Bakat Muda Sezaman 2016

Poster-BMS

Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS’16) atau Young Contemporary Award merupakan sebuah pertandingan yang mengenengahkan karya-karya pemenang yang diiktiraf oleh Balai Seni Visual Negara. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan pelapis muda yang berpotensi dalam Seni Kontemporari di Malaysia.

Pertandingan ini telah diperkenalkan sejak tahun 1974 dan merupakan antara pertandingan berprestij yang memberi penganugerahan kepada pelukis muda dalam membina karier. Sejak diperkenalkan, BMS telah melahirkan ramai pelukis berbakat besar yang telah menyumbang kepada perkembangan seni tampak negara termasuklah acara biennale dan triennale di peringkat antarabangsa. Peluang dan anugerah yang diberikan menjadi landasan kepada pelukis muda untuk mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi dan lebih professional.

Hadiah insentif bagi Pemenang Utama pertandingan ini sebanyak RM 25,000.00 dan  anugerah juri berjumlah RM 5,000.00 kepada 5 orang pemenang yang dipilih. Insentif ini merupakan sokongan kerajaan kepada pelukis muda bagi mempertingkatkan hasil kerja dan memberi peluang dalam melahirkan pelukis muda yang berpotensi.

Seramai 62 orang peserta yang menyertai pertandingan Anugerah Bakat Muda Sezaman pada tahun ini. Seramai 33 orang darinya telah terpilih melepasi penghakiman untuk ke saringan tahap ke-2. Penghakiman yang dilangsungkan oleh para juri pada peringkat pertama melalui penilaian dari beberapa proposal, slaid dan gambar cadangan karya peserta. Barisan juri berpendapat adalah penting bagi peserta mematuhi peraturan dan syarat pertandingan untuk terpilih ke pertandingan ini. Pemilihan karya peserta ke peringkat akhir dilakukan dengan menitikberatkan kekemasan karya dan statement pengkarya melalui contoh proposal yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Balai Seni Visual Negara selaku penganjur pertandingan yang menyediakan anugerah kepada pengkarya bakat muda sezaman, berharap  peserta BMS’16 bersedia menyesuaikan diri dengan segala perubahan perkembangan seni dan berupaya untuk mempersembahkan idea inovatif dalam seni kontemporari masa kini.

BMS2

BMS3

Siaran Media Majlis Perasmian Pameran Work After Work III

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2017– Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran Work After Work III yang dirasmikan oleh  YBhg. Datuk Hamzah Mohd. Salleh, CEO, Spanco Sdn Bhd pada 20hb Januari 2017 (Jumaat) jam 3.00 petang di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.

 Pameran ini merupakan sebuah Pameran Lukisan Kakitangan BSVN dengan kerjasama Kelab Surea BSVN yang memaparkan hasil kreativiti dan karya seni sebagai meraikan aktiviti kesenian yang telah disempurnakan oleh kakitangan BSVN sepanjang  tahun 2016, dan juga sebagai usaha menjalinkan kerjasama BSVN dengan penghayat seni lukis tanah air. Selain itu, pameran ini merupakan program yang terbaik yang diadakan bagi memupuk semangat kerja dan meraikan keberadaan kakitangan BSVN di dalam setiap aktiviti kesenian di Malaysia. Ia juga sebagai satu suntikan semangat bagi melahirkan tenaga kerja yang dedikasi dan berpandangan jauh dalam seni lukis di Malaysia.

Penganujuran pameran ini di ruang Creative Space adalah untuk mempergiatkan jumlah aktiviti berpameran malah berperanan mempromosikan bidang seni visual sebagai asset rich kepada pihak entity korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Malah Creative Space juga menuju kea rah strategi monetizing culture dalam bidang kreatif industry dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global.

Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai dari 30hb Disember 2016 sehingga 30 Januari 2017 di Creative Space Bangunan Pentadbiran LPSVN.Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

WOWIII_2 WOWIII_3

Majlis Perasmian Work After Work III

Jemputan-Online