Siaran Media New Comers

KUALA LUMPUR, 15 November 2016Balai Seni Visual Negara (BSVN) dengan bangganya mempersembahkan PAMERAN NEW COMERS DI BALAI SENI VISUAL NEGARA (BSVN) bermula 19hb November 2016 sehingga 25hb Disember 2016. Pameran ini dirasmikan oleh YBrs. En Johan bin Mohamed Ishak, Ahli Lembaga, LPSVN.

New Comers atau pendatang baru ini adalah hasil daripada bakat muda daripada 10 orang pelajar pengajian tinggi awam daripada UITM Shah Alam, UITM Seri Iskandar serta ASWARA dalam bidang pengajian seni halus.  Antaranya ialah AIZAT AMIR, AMY NAZIRA , EFFI SHAFIQ JUSOH, ROZA KHiR, FATIMAH RAHMAT, HADY ARIS, HAFIZ GAPOR, HIDAYAT ARSHAD, ONY JAMSARI dan TOMI HERI. Mereka mempunyai semangat yang tinggi dan berjiwa besar dengan menghasilkan  kepelbagaian genre tersendiri hasil daripada pelajaran yang diterima seperti proses, konsepdanlatihan berterusan digunakansebaik mungkin dan digabungkan dalam pameran ini.

Setiap anak muda ini berusaha menampilkan karya yang tersendiri dan berlainan tanpa terikut dengan karya sesiapa kerana itu bukan saja dapat menonjolkan indentiti malah memberi memberi gambaran yang lebih signifikan tentang diri artis muda ini. Nama bukanlah ukuran penentu kualiti karya yang baik kerana semuanya terletak pada hasil seni itu sendiri.Bagi mereka seni adalah jiwa mereka.

Justeru, para pelawat boleh menghayati karya dengan lebih dekat di galeri Creative Space , BSVN dan dibuka kepada orang ramai mulai 19hb November  2016 sehingga 25hb Disember 2017. Orang ramai dijemput hadir.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan