Archive for month: Disember, 2016
Siaran Media Majlis Perasmian Pameran Charity Art Exhibition 2016/2017
in Siaran MediaKUALA LUMPUR, 19 Disember 2016– Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran Charity Art Exhibition 2018/2017 yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Philip Wong, Ahli Lembaga, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara pada 19hb Disember 2016 (Isnin) jam 3.00 petang di Creative Space Artiseri@BSVN Seri Pacific Hotel.
Pameran Charity Art Exhibition 2018/2017 adalah sebuah pameran yang memaparkan 50 buah karya yang terbahagi kepada 2 seksyen iaitu karya-karya dari winning entries from the Hotel Merdeka Colouring Contest anjuran Seri Pacific Hotel yang telah dihasilkan semula oleh Encik Zahuri Harun yang merupakan seorang pelukis yang banyak menghasilkan karya-karya landskap pendalaman. Manakala seksyen kedua pula memaparkan karya-karya yang dihasilkan oleh anak-anak yatim yang terlibat di dalam Pameran Peluang Potensi menerusi Program Teach for the Needs (TFTN) terdahulu di Creative Space LPSVN menerusi penglibatan 115 orang anak yatim yang merupakan harapan dan impian mereka melalui subjek yang dekat dengan jiwa kanak-kanak seperti Rumah Impian Saya, Cita-cita Saya, Kerjaya Saya, serta Potret Diri.
Penganujuran pameran ini di ruang Creative Space Artiseri@BSVN, Seri Pacific Hotel adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada para pelukis untuk memperluaskan daya imaginasi mereka serta membuka peluang untuk berkecimpung dalam bidang seni secara lebih konsisten dan proaktif serta memaparkan karya pada pelbagai peringkat masyarakat selaras dengan usaha LPSVN bagi merancakkan bidang art@entrepeneur dikalangan pelukis. Sebarang pembelian akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang terlibat dalam pameran ini. Malah karya-karya yang dipamerkan di ruang Creative Space Artiseri@BSVN, Seri Pacific Hotel mendapat perhatian dari para pengunjung hotel dari dalam dan luar Negara pada setiap masa kerana ruangan tersebut boleh dikunjungi 24 jam sehari. Untuk sebarang pembelian pihak yang berminat boleh terus menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Seri Pacific Hotel di talian (03)-4049 4515/ (03)-4049 4314.
Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai pada 15hb Disember 2016 sehingga 6 Januari 2017 di Creative Space Artiseri@BSVN Seri Pacific Hotel. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.
Pameran Retro Biennale
in Arkib PameranRETROSPEKTIF BIENNALE
8 Dis 2016 – 8 Jan 2017
Pameran RETROSPEKTIF BIENNALE (RB) merupakan sebuah kajian semula tentang penglibatan pelukis-pelukis Malaysia dalam pameran Biennale di persada tempatan dan antarabangsa.
Dalam menjangkakan apa mungkin rupabentuk sebuah Biennale bagi Malaysia pada tahun 2017 (KL Biennale 2017), kurator-kurator di BSVN telah meneliti pelbagai acara atau amalan yang dikenali sebagai ‘Biennales’ untuk memahami hubungan antara institusi itu, pelukis-pelukis Malaysia dan ‘Biennale’ selama ini. Pameran ini bertujuan untuk mempersembahkan sejarah penglibatan pelukis sejak 1966 hingga 2016 dan mengkaji pembikinan karya kontemporari Malaysia dan rangka kerja ketika ingin memahami balas dan kritikan semasa terhadap acara pameran Biennale secara menyeluruh.
Pameran ini mempamerkan karya-karya tempatan yang pernah dipamerkan terdahulu di beberapa Biennale seperti Biennale de Paris (France), Asia Pacific Triennale (Australia), Fukuoka Asian Art Triennale (Japan), Sydney Biennale (Australia), India Triennale (India), Biennale of Contemporary Paintings of the Islamic World (Iran), Singapore Biennale ( Singapore), Havana Biennial (Cuba), Asian Art Biennale (Bangladesh), DAK’Art (Africa), Sao Paulo Biennale (Brazil), Osaka Art Triennial (Japan), Mondiale D’Estampes petit Format (France), Paris Photo Biennale (France), Florence Biennale (Italy), Venice Art Biennale dan Venice Architecture Biennale (Italy).
Apabila ditinjau kembali, catatan inisiatif dari penyertaan pelukis tempatan telah dilihat dalam beberapa laporan tahunan awal dari Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara (1968, 1969, 1970 dan 1971). Ketika itu, Pengerusi Jawatankuasa Pameran dan Pembelian Seni Lukis Negara, Dato PG LIM telah menyelia standard terbaik seni untuk dipamerkan dalam setiap jemputan Biennale antarabangsa seperti X Sao Paulo Biennale dan Triennale of Contemporary World Art yang pertama di New Delhi, India. Antara pelukis yang pernah dipilih untuk mewakili negara ialah Anthony Lau, Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim, Seah Kim Joo, Ibrahim Hussein, Ismail Zain, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, Ismail Mustam, Grace Selvanayagam, Yeoh Jin Leng, Nik Zainal Abidin and Latiff Mohidin. Pada tahun-tahun yang seterusnya, di dapati bahawa dalam kalangan wakil negara yang terawal yang dipilih untuk menyertai Biennale cetakan antarabangsa yang terkenal ialah pelukis-pelukis cetakan negara. Nama-nama seperti Lee Joo For, Loo Foh Sang, Ilse Noor, Juhari Said, Long Thien Shih, dan A Rahman Mohamed sudah menjadi sinonim dengan institusi Biennale yang meminati seni cetakan Malaysia.
Sumbangan yang dipamer termasuk lukisan, teks kritikal, surat-menyurat rasmi, temu bual, petikan kata-kata dan penerokaan rajah yang dikongsi oleh pelukis dan kurator seperti Jalaini Abu Hassan, Sharon Chin, Diana Lui, Ise dan Ray Lagenbach. Imbasan Biennale yang telah diadakan secara tempatan termasuk KLIP Biennale 1995 yang diusahakan oleh Alex Moh dan dianjurkan oleh BSVN, KL Triennial oleh Ray Lagenbach, Langkawi Art Biennale oleh Liew Kian Yap dari Art Malaysia dan yang baru-baru ini, Shah Alam Biennale 2016 yang dipelopori oleh Yusof Ghani. Terdapat juga satu bahagian khusus yang mempamerkan penyertaan Malaysia di Venice Architecture Biennale dari tahun 2010 hingga 2014 yang disusun dengan kerjasama PAM, oleh arkitek Ngiom dan Dr. Tan Loke Mun. RB adalah sebuah program pra-KL Biennale 2017.
https://youtu.be/DcxbGcBiIGQ
https://youtu.be/sokdWNfz0Xc
https://youtu.be/LryUKeVODQM
Siaran Media New Comers
in Siaran MediaKUALA LUMPUR, 15 November 2016– Balai Seni Visual Negara (BSVN) dengan bangganya mempersembahkan PAMERAN NEW COMERS DI BALAI SENI VISUAL NEGARA (BSVN) bermula 19hb November 2016 sehingga 25hb Disember 2016. Pameran ini dirasmikan oleh YBrs. En Johan bin Mohamed Ishak, Ahli Lembaga, LPSVN.
New Comers atau pendatang baru ini adalah hasil daripada bakat muda daripada 10 orang pelajar pengajian tinggi awam daripada UITM Shah Alam, UITM Seri Iskandar serta ASWARA dalam bidang pengajian seni halus. Antaranya ialah AIZAT AMIR, AMY NAZIRA , EFFI SHAFIQ JUSOH, ROZA KHiR, FATIMAH RAHMAT, HADY ARIS, HAFIZ GAPOR, HIDAYAT ARSHAD, ONY JAMSARI dan TOMI HERI. Mereka mempunyai semangat yang tinggi dan berjiwa besar dengan menghasilkan kepelbagaian genre tersendiri hasil daripada pelajaran yang diterima seperti proses, konsepdanlatihan berterusan digunakansebaik mungkin dan digabungkan dalam pameran ini.
Setiap anak muda ini berusaha menampilkan karya yang tersendiri dan berlainan tanpa terikut dengan karya sesiapa kerana itu bukan saja dapat menonjolkan indentiti malah memberi memberi gambaran yang lebih signifikan tentang diri artis muda ini. Nama bukanlah ukuran penentu kualiti karya yang baik kerana semuanya terletak pada hasil seni itu sendiri.Bagi mereka seni adalah jiwa mereka.
Justeru, para pelawat boleh menghayati karya dengan lebih dekat di galeri Creative Space , BSVN dan dibuka kepada orang ramai mulai 19hb November 2016 sehingga 25hb Disember 2017. Orang ramai dijemput hadir.