Bengkel Bitara Seni

Pertandingan Fotografi Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021

       

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 35 tahun sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021 yang bertemakan ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’. Imej yang dipertandingan mestilah berkaitan aktiviti/ amalan kepercayaan/ kaum/ etnik/ perayaan/ cara hidup/ makanan/ tradisi/ pakaian serta apa sahaja rakaman yang relevan dengan aktiviti seni dan budaya di negara ini.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan seni serta budaya Malaysia. Sekaligus menjadi wadah dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian untuk generasi muda.

• Pertandingan ini dibuka dari 13 – 30 November 2021.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2021.
• Pertandingan ini akan diadakan sepenuhnya melalui medium laman sesawang www.artgallery.gov.my dan media sosial rasmi Balai Seni Negara.

B. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan fotografi bertemakan ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’ sempena Minggu Budaya Malaysia 2021.
  2. Para peserta boleh menyertai pertandingan dengan melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau media sosial rasmi Balai Seni Negara (Facebook & Instagram) dengan mengisi borang penyertaan dalam talian serta memuat naik karya seni di pautan berikut :https://artgallery.antara.cc/app/form?id=ZarNKg
  3. Penyertaan adalah PERCUMA.
  4. Penyertaan adalah secara individu sahaja.
  5. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 35 tahun.
  6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) hasil foto sebagai penyertaan dan semua hasil foto adalah asli, idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya hasil foto tidak asli dan penyertaan akan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan fotografi yang lain.
  7. Hasil foto hendaklah berdasarkan tema sempena Minggu Budaya Malaysia 2021 iaitu ‘Keunikan Seni dan Budaya Malaysia’ di samping menerapkan imej yang berkaitan aktiviti/ amalan kepercayaan/ kaum/ etnik/ perayaan/ cara hidup/ makanan/ tradisi/ pakaian serta apa sahaja rakaman yang relevan dengan aktivi seni dan budaya di negara ini tanpa menyentuh isu politik dan sensitiviti perkauman.
  8. Untuk penghantaran hasil foto, peserta perlu menghantar dalam format fail JPEG beresolusi (300dpi dan saiz hasil foto tidak melebihi 10 MB). Hasil foto perlu dimuat naik dalam borang penyertaan secara dalam talian yang disediakan dan dihantar bersama borang penyertaan.
  9. Setiap penyertaan perlu dilampirkan salinan kad pengenalan.
  10. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur pertandingan secara rasmi melalui panggilan telefon dan keputusan akan diumumkan di media sosial rasmi Balai Seni Negara.
  11. Pemenang perlu menghantar hasil foto yang asli ke :

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(Urus setia Pertandingan Fotografi Keunikan Seni dan Budaya Malaysia 2021)
U.p : Cawangan Jaringan dan Pendidikan)
Tel : 603 4026 7000 / 017-3526555 (Puan Intan Idarina)

  1. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
  2. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.
  3. Balai Seni Negara selaku penganjur pertandingan BERHAK menggunakan hasil foto yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik tanpa perlu kebenaran dan tanpa apa-apa bayaran kepada pemilik.

 

C. HADIAH DAN SIJIL PEMENANG

16 orang pemenang yang terbaik akan menerima wang hadiah dan hamper barangan/produk Balai Seni Negara serta Sijil Pemenang

KATEGORI KAMERA DSLR

HADIAH

Tempat Pertama
RM 1000 & Cenderamata

Tempat Kedua
RM 600 & Cenderamata

Tempat Ketiga
RM 300 & Cenderamata

5 Tempat Saguhati
Rm100 & Cenderamata

 

KATEGORI TELEFON PINTAR/TABLET

HADIAH

Tempat Pertama
RM 1000 & Cenderamata

Tempat Kedua
RM 600 & Cenderamata

Tempat Ketiga
RM 300 & Cenderamata

5 Tempat Saguhati
Rm100 & Cenderamata

 

 

Pertandingan Melukis Kanak-Kanak (Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021)

Info Pertandingan Melukis Kanak-Kanak (Sempena Program Minggu Budaya Malaysia 2021)

Borang penyertaan dalam talian (Online), Klik disini.

Program ‘Upskilling’: Extrasi Seni Edisi Cat Air

Pameran Cat Air Asia Tenggara (PaCa)


PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

Program YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej latihan dan kejurulatihan (coaching) untuk penggiat-penggiat seni muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi penggiat seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan memulakan perniagaan.

Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  2. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  3. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  4. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Warganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun
  2. Mestilah penggiat seni sepenuh masa. Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa/pelajar).
  3. Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa selama 2 bulan.

KEPERLUAN PERMOHONAN:

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Penyertaan secara atas talian seperti di pautan yang tertera di bawah.

Pemohon hendaklah menyertakan Portfolio atau CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan juga dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar dalam format PDF atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dilengkapkan sebelum atau pada 31 Ogos 2020 di pautan berikut:

https://www.artgallery.gov.my/yae

 

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada:

Sekretariat YAE!,
Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03-40267000

atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

Tarikh-Tarikh Penting:

Permohonan dibuka: 23 Julai 2020 – 31 Ogos 2020

Sesi Temuduga: September 2020

Tarikh Program: 15 Oktober  – 15 Disember 2020

Pameran Ahmad Fuad